Friday, May 11, 2012
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan medan penentuan terhadap kelangsungan perjuangan Umno untuk terus membela nasib rakyat.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri menempelak Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang mendakwa kononnya pekerja migran tanpa izin sentiasa dieksploitasi di negara ini, sedangkan Malaysia melaksanakan pelbagai mekanisme bagi memberi perlindungan kepada mangsa eksploitasi buruh.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang memantau semua pintu masuk serta pasaran bagi memastikan kobis import yang dijual di negara ini tidak mengandungi formaldehid.
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
KUALA LUMPUR: Pemuda MIC pada Jumaat menafikan dakwaan Naib Presiden PKR N. Surendran bahawa pergelutan yang berlaku baru-baru ini di Pejabat Perdana Menteri membabitkan anggota kedua-dua parti adalah serangan jenayah yang dirancang terlebih dahulu.
PETALING JAYA: Penganut agama Hindu di sebuah kuil berusia 50 tahun di Petaling Utama mengkritik tindakan kerajaan negeri Selangor kerana membiarkan mereka kebingungan untuk sekian lama berhubung cadangan penempatan semula kuil berkenaan.
KUALA LUMPUR: Lebih banyak program melibatkan penyertaan belia perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan berkenaan menyertai Umno.
Oleh MAZWIN NIK ANIS KUALA LUMPUR: Stadium Bukit Jalil kini bertukar menjadi lautan merah dengan kebanjiran ahli Umno dari seluruh pelusuk negara yang berkumpul bagi meraikan sambutan ulang tahun parti yang ke-66 pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat segera menjelaskan status penubuhan Suruhanjaya
Oleh REGINA LEE PETALING JAYA: Majlis Peguam pada Jumaat meluluskan resolusi mengutuk kekerasan pihak polis yang didakwa melampaui batas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
KUALA LUMPUR: Buku hasil karya agung dalam kesusasteraan China - 'Hikayat Tiga Negara' - akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, pada 17 Mei ini.
KUALA LUMPUR: Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang padat dengan puluhan ribu anggota Umno dari seluruh negara sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu, dimeriahkan lagi dengan tiupan trumpet.
KUALA LUMPUR: Hampir semua nombor, termasuk kategori kurang popular bagi pendaftaran kenderaan siri 'WWW' akan dibida, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima kira-kira 1.896 juta borang melalui kaedah e-filing sehingga pukul 4.00 petang hari ini, iaitu peningkatan 8.07 peratus berbanding penerimaan 1.754 juta Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu apa juga kebimbangan, aduan dan keterangan perlu mengenai perhimpunan 28 April lepas dikemukakan terus kepada Panel Penasihat Bebas bagi membolehkan panel itu merumuskan gambaran sebenar dan menyeluruh apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan itu.
KANGAR: Nasib golongan asnaf yang terpinggir di Perlis akan lebih terbela jika umat Islam komited terhadap tanggungjawab masing-masing untuk membela golongan itu, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Jumaat.
TEBEDU: Ketua-ketua masyarakat di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di sini hendaklah memastikan kesahihan perkahwinan di antara anggota masyarakat mereka dengan penduduk negara jiran, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Datuk Seri Michael Manyin.
KUALA LUMPUR: Turun padang dan beri penjelasan berhubung isu-isu semasa secara bersemuka, itu antara permintaan golongan muda terhadap pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih.
KUALA LUMPUR: Parlimen Belia bertanggungjawab menggubal undang-undang bagi tujuan menambah baik dan memastikan undang-undang sedia ada di negara ini selaras dengan perkembangan semasa, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
KUANTAN: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC)mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) pada Jumaat berpandangan bahawa isu projek nadir bumi itu perlu ditangani secara saintifik.
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mensasarkan untuk mempunyai lima peratus anggota wanita menjelang tahun depan.
PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez pada Jumaat memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataan yang dibuat dalam satu temu bual yang disiarkan oleh akhbar 'The Jakarta Post', Isnin lalu.
KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, adalah tidak salah untuk menyebarkan maklumat dan gambar mengenai salah laku seseorang jika ia demi kebaikan dan manfaat untuk masyarakat.
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: "Buang masa, saya tak mahu layan fitnah pembangkang," demikian reaksi tegas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap kontroversi dakwaan statusnya sebagai ahli Umno yang makin berterusan.
Oleh A. RUBAN SHAH ALAM: Kira-kira 200 ahli Umno bahagian Shah Alam mengadakan bantahan berhampiran tol Sungai Rasau bagi menggesa Kerajaan dan pihak berkaitan supaya memansuhkan tol berkenaan.
Oleh IZRA ABD RAHMAN PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut memberi penjelasan kepada rakyat Kedah berhubung projek bernilai lebih daripada RM600 juta di negeri itu yang dibangunkan tanpa tender terbuka.
PETALING JAYA: Niat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandung sendiri selama hampir tiga bulan menjadi episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut.
Oleh MAZWIN NIK ANIS PETALING JAYA: Umno bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-66 secara besar-besaran di Stadium Bukit Jalil di sini malam ini (Jumaat).
KUALA LUMPUR: Dewan Negara yang bersidang 10 hari sejak 23 April lepas, ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Oleh NELSON BENJAMIN dan MOHD FARHAAN SHAH JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memaafkan individu-individu yang terlibat dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi rombongan diraja namun baginda meminta supaya warga asing menghormati undang-undang dan budaya tempatan serta tidak bertindak samseng.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata perjuangan Umno selama ini telah memanfaatkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun fahaman ideologi di negara ini.
Oleh FLORENCE A SAMY KUALA LUMPUR: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan memakai pakaian berwarna kuning pada pilihan raya umum walaupun ia menjadi warna korporat mereka kerana tidak mahu dikaitkan dengan Bersih.
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Kontroversi status keanggotaan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno berterusan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau tidak mengisytiharkan statusnya dalam parti itu selepas tiga bulan dilantik menerajui suruhanjaya berkenaan.
KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia, sama ada dikekalkan atau dikurangkan berikutan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas, akan diketahui pada Julai depan.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam apa juga persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus, diluluskan di Dewan Negara pada Khamis.
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN SHAH ALAM: PAS Selangor memberi jaminan demonstrasi menuntut pemansuhan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau yang diadakan pada 13 Mei ini akan berlangsung secara aman.
PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia pada Khamis menyelar kenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez bersabit keselamatan pekerja Indonesia di negara ini, yang disifatkan amat berbahaya dan boleh mengancam ekonomi negara.
SHAH ALAM: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dan mesra perniagaan untuk membolehkan usahawan mikro, kecil dan sederhana mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Pesawat A380 yang pertama untuk Malaysia Airlines (MAS) telah kembali ke Toulouse, Perancis selepas selesainya hias semula dalaman dan ujian sistem kabin.