ARKIB: BERITA

Tuesday, May 15, 2012

Video Buktikan 'Sepetang Bersama PM' Berjalan Lancar

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perbuatan dua tiga orang cuba berbuat bising semasa majlis pertemuan beliau dengan rakyat Malaysia di sini semalam tidak mencemarkan majlis tersebut.

"Keputusan Telah Dibuat...Tak Perlu Pujuk Rayu Lagi" - Tunku Aziz

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai parti itu walaupun dipujuk untuk berbuat demikian.

SPR Tidak Tolak Kemungkinan Panjangkan Tempoh Kempen

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 melebihi 10 hari.

Bersih 3.0: Hanya 26 Serah Diri

KUALA LUMPUR: Hanya 26 daripada 141 individu yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April di ibu negara telah menyerah diri.

Tunku Aziz Berpegang Kepada Prinsip - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar parti dan melepaskan jawatannya dalam DAP sebagai insan yang berpegang kepada prinsip serta bersikap jujur dan ikhlas.

Isu Mogok Pemandu Kontena Pelabuhan Klang Selesai - SAM

KUALA LUMPUR: Pertikaian antara pemandu lori kontena dengan pengendali depoh di Pelabuhan Klang telah selesai.

MB Nafi PKNS Taja Belanja Kempen Pilihan Raya Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa menafikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menaja kempen pakatan pembangkang di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan Sedia Dengar, Penuhi Aspirasi Belia - Muhyiddin

PETALING JAYA: Pelbagai platform dan perancangan yang disediakan dalam membangunkan generasi belia membuktikan kerajaan sedar kepentingan untuk berhubung dan mendengar aspirasi golongan pewaris kepimpinan negara itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mangsa Penculikan Di Filipina Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

KUALA LUMPUR: Mohd Nazarrudin Saidin, rakyat Malaysia yang diculik selama 378 hari oleh sekumpulan lelaki bersenjata ketika menguruskan perniagaan cicak tokek di Pulau Sulu, selatan Filipina Mei tahun lepas, selamat kembali ke pangkuan keluarganya pada Selasa.

Anifah Sifatkan Kenyataan Irene Fernadez Sebagai 'Jahil'

BONGAWAN (Sabah): Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan dakwaan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez bahawa Malaysia tidak selamat bagi pekerja Indonesia, sebagai satu kenyataan 'jahil' dan tidak bertanggungjawab.

Bersih 3.0: Lagi 24 Serah Diri

NILAI: Setakat pukul 11 pagi Selasa, seramai 24 orang telah menyerah diri atau pun ditangkap (polis), dipercayai terlibat dalam kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Petisyen 'Jangan Pukul Wartawan' Diserah Ke Pejabat PM

PUTRAJAYA: Sekumpulan pengamal media yang dikenali sebagai 'Committee of Concern Journalists' menyerahkan petisyen bertajuk 'Don't Beat Up Journalist' (Jangan Pukul Wartawan) kepada pejabat Perdana Menteri pada Selasa, susulan dakwaan keganasan polis terhadap petugas media ketika perhimpunan di ibu kota pada 28 April lepas.

Pilihan Rakyat Yang Penting - PM

LONDON: Warga Malaysia yang tinggal di bandar raya ini berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin petang, dan ramai daripada mereka berebut-rebut menyapa dan bersalaman dengan beliau selepas perdana menteri berucap, sebahagian besarnya mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam sebuah negara demokrasi dan pilihan rakyat melalui pilihan raya.

Saya Tiada Kuasa Minta Pemegang Konsesi Air Selangor Agar Bersetuju - Peter ChinTerkini

SHAH ALAM: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata beliau tiada kuasa untuk meminta agar pemegang konsesi air di Selangor untuk bersetuju terhadap cadangan rancangan penyusunan semula industri air oleh kerajaan negeri.

PRU13: BN Melaka Senarai 30 Peratus Muka Baru

MELAKA: Barisan Nasional (BN) Melaka menyenaraikan 30 peratus muka baru untuk bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Anggota JPAM Sedia Hulur Khidmat Bantuan Bencana Di Luar Negara

KUCHING: Selepas mencatat kecemerlangan dalam khidmat kecemasan dan bantuan bencana di dalam negara sejak 60 tahun lepas, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini bersedia untuk meluaskan skop perkhidmatannya ke luar negara.

ATM & PDRM Pertingkat Kawalan Di Sempadan Negara

BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan negara dalam usaha menurunkan indeks jenayah di kawasan berkenaan.

DAP Tidak Mahu Tunku Abdul Aziz Keluar PartiTerkini

PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi DAP tidak mahu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim keluar daripada parti itu, sebaliknya ingin beliau terus kekal sebagai Naib Pengerusi DAP.

Eksesais Sempadan Malaysia-Thailand Kedua Akan Libatkan Imigresen, Polis & Kastam

KUALA LUMPUR: Eksesais sempadan kali kedua Angkatan Tentera Malaysia dan Thailand yang dijadual pada 2014 akan melibatkan imigresen, polis dan kastam kedua-dua negara.

Semua Penerima Bantuan JKM Kedah Akan Terima BR1M Segera - Seai Kie

KULIM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan hampir 80,000 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam kadar segera.

Pakatan Rakyat Di Kedah Berpecah?

KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan DAP dan PKR akan menghadapi kesukaran pada pilihan raya akan datang di Kedah yang dipimpin PAS kerana kebanyakan sokongan mereka datang daripada bukan Melayu.

Demonstrasi Bertujuan Bertemu Lim - Perkasa P. Pinang

GEORGE TOWN: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin menjelaskan semua demonstrasi yang dianjurkan Perkasa negeri sebelum ini adalah bertujuan untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak & Gas Akan Ditingkatkan - Subramaniam

KUALA TERENGGANU: Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.

MAS Laksana Peraturan Baru Bagasi Kabin Esok

KUALA LUMPUR: Dalam persediaan untuk menyertai oneworld Alliance, Malaysian Airline System pada Selasa mengumumkan peraturan baru bagasi kabin syarikat itu yang akan dilaksanakan untuk semula penerbangan mulai esok.

Nombor 'WWW' Terima 18,243 Bidaan

PUTRAJAYA: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan siri "WWW" mencatat rekod baru apabila sebanyak 18,243 bidaan diterima sehingga tarikh tutup pada 12 tengah hari semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

PVTM Buat Senaman 'Menonggeng' Dihadapan Rumah Ambiga Terkini

KUALA LUMPUR: Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PVTM) mengadakan demonstrasi di luar rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Selasa.

Ramai Warga Muda Kuala Lumpur Serta JPAM

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada 28,204 anggota pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah anak muda yang berusia antara 18 dan 30 tahun.

Hari Terakhir Hantar Borang Cukai PendapatanTerkini

KUALA LUMPUR: Pembayar cukai hanya mempunyai masa sehingga hari ini untuk menghantar borang cukai pendapatan mereka menggunakan kaedah, e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pejabat JPJ Diserbu Untuk Bidaan Saat Akhir Plat 'WWW'Terkini

Oleh P. ARUNA KUALA LUMPUR: Ada yang sanggup merayu dan memujuk pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha terakhir supaya bidaan nombor plat pendaftaran ‘WWW’ mereka diterima.

Sultan Selangor Kembalikan Gelaran Datuk Kepada Bekas Exco SaidinTerkini

Oleh TEH ENG HOCK SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengembalikan gelaran Datuk kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Datuk Saidin Thamby selepas beliau dibebaskan daripada tuduhan rasuah bulan lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi pada Selasa.

Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Keluar Parti

Oleh P. ARUNA KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

PM Lancar Rakan Barisan Nasional UK

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin melancarkan Rakan Barisan Nasional (BN) UK yang akan bergerak aktif menggalakkan hubungan rapat dengan United Kingdom dan menyebarkan maklumat yang tepat, tepat masa dan boleh dipercayai kepada warga Malaysia di negara ini.

PRU-13: Dr Mahathir Yakin PM Mampu Buat Lebih Baik Daripada 2008

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Panel Penasihat Bebas Ingin Cari Kebenaran - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Penubuhan Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan butir terperinci mengenai rusuhan berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tidak bersandarkan pada pada undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kerajaan Cari Jalan Kurangkan, Hapus Tol PLUS

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berunding dengan pihak berkepentingan baru Plus Expressways Bhd (PLUS) bagi mencari jalan mengurangkan kadar atau menghapuskan tol di beberapa bahagian lebuh raya kendalian syarikat itu.

Polis Tahan 21 Demonstran, 120 Diminta Serah Diri Sehingga Selasa

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga Selasa.

Peniaga Burger Boleh Berhimpun Depan Rumah Ambiga - Timb Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di hadapan rumah Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini, kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Dakwaan Masuk Umno Semula, Hanyalah Rekaan - Anwar

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan beliau ingin menyertai semula Umno hanyalah satu rekaan dan isu yang tidak relevan.

 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel