ARKIB: BERITA

Friday, May 18, 2012

Lebih 15,000 Pesakit Tunggu Organ - KP Kesihatan

KUCHING: Dianggarkan lebih 15,000 pesakit di Malaysia sedang menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, dan majoritinya adalah pesakit buah pinggang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Mahmood Adam Dilantik Pengerusi SPA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk R. Segarajah dilantik sebagai timbalannya.

Duta AS Ke Malaysia Lawat Pusat Latihan Pengaman Malaysia Selasa Ini

PETALING JAYA: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones akan melawat Pusat Latihan Pengaman Malaysia (MPTC) di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Selasa ini.

Tujuh Tahanan ISA Setuju Hentikan Mogok Lapar - Suhakam

TAIPING: Mogok lapar oleh tujuh tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting di sini sejak 12 Mei lepas berakhir pada Jumaat selepas pertemuan dengan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan agensi berkenaan.

Presiden MCA Akui Puak Ekstremis Akan Jejas Sokongan Cina

KAMPAR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengakui kewujudan puak ekstremis Cina yang akan menggunakan isu tertentu dan menjejaskan sokongan kaum itu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Pemuda Umno Cabar Individu Ganggu Majlis PM Di London Berdebat

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno pada Jumaat mencabar individu yang mengganggu majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di London untuk berdebat.

Protes ‘Tose’ Di Luar Rumah Khalid Abu Bakar Pada Ahad Ini Batal Terkini

Oleh YUEN MEIKENG dan JOSEPH KAOS JR KUALA LUMPUR: Rancangan untuk mengadakan protes ‘tose’ di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Ahad ini dibatalkan.

Kerajaan Selangor Adakan Forum Selesaikan Isu Air Bulan Depan

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri hanya akan membuat keputusan mengenai tindakan yang harus diambil berhubung isu air di negeri itu selepas forum bulan depan.

PM Buat Kerja Betul Dan Patut Disokong - Tunku Aziz

KUALA LUMPUR: Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada Jumaat berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.

Salahuddin Sahkan Akan Bertanding Di Johor Pada PRU-13

KUALA TERENGGANU: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

25 NGO Buat Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng

NIBONG TEBAL: Lebih 25 wakil badan bukan kerajaan (NGO) di Nibong Tebal membuat laporan polis, Jumaat, meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disiasat berhubung tawaran jawatan kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Dewan Ulama PAS Mahu Muzakarah Tanpa Had Atau Syarat

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat menggesa kepimpinan parti itu agar tidak berdolak-dalik dengan meletakkan sebarang syarat bagi mejayakan syor Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan Umno.

PTPTN Model Terbaik Bantu Rakyat Lanjut Pelajaran - Mukhriz

KANGAR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan model terbaik membantu pelajar melanjutkan pengajian peringkat tinggi pada masa ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Muzakarah: PAS Tidak Mahu Sentuh Isu Islam, Negara

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: PAS tidak pernah menyatakan persetujuan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu berkaitan kepentingan ummah dan masyarakat Islam di negara ini.

Jawatan Untuk Tunku Aziz Di Institut P.Pinang Masih Terbuka

Oleh ANDREA FILMER GEORGE TOWN: Jawatan felo kanan di Institut Pulau Pinang masih terbuka kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Pada Bila-Bila Masa - Musa

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata BN Sabah sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

Kaji Dulu Sistem Pengurusan Pekerja Asing Sebelum Mansuh Hukuman Sebat - PapaTerkini

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji sistem pengurusan pekerja asing yang lebih baik sebelum memansuhkan hukuman sebat ke atas mereka yang tidak memiliki permit kerja sah di negara ini.

4,374 Sekolah Terima Peruntukan RM987.1 Juta Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,374 buah sekolah di seluruh negara akan menerima peruntukan RM987.1 juta secara berperingkat bermula bulan depan.

Penduduk Jinjang Selatan Tambahan Serah Memorandum Kepada PM

PUTRAJAYA: Seramai 120 orang penduduk Jinjang Selatan Tambahan, Kuala Lumpur menyerahkan memorandum di pejabat perdana menteri berhubung masalah geran tanah.

Terdapat Percubaan Pecah Masuk Pejabat Ambiga

Oleh STEVEN CHIEW KUALA LUMPUR: Seseorang telah cuba untuk memecah masuk ke dalam pejabat Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga antara Khamis petang dan pagi Jumaat.

Irene Fernandez Mungkin Disiasat Mengikut Akta Hasutan - Polis

KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang didakwa berterusan memburuk dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.

PM Akan Lancar MJIIT Jun Nanti

Oleh PAUL GABRIEL KUALA LUMPUR: Selepas ditutup lebih sedekad lamanya, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di Jalan Semarak di sini, secara rasmi akan membuka pintunya semula.

Demo Di Rumah Ambiga: MP PR Hantar Memo Terbuka Kepada DBKLTerkini

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) pada Jumaat menghantar memorandum terbuka kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagi memintanya menyatakan sama ada mengadakan senaman punggung dan membuka gerai burger di hadapan rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 adalah satu perbuatan yang melanggar peraturan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau tidak.

Pekerja Sosial Bakal Bantu Sekolah Tangani Murid Lemah, Bermasalah - PM

Oleh T.SELVA NEW YORK: Pekerja sosial akan berkunjung ke rumah pelajar yang lemah untuk membantu mereka lebih maju dalam bidang-bidang seperti matematik dan kemahiran membaca di bawah inisiatif yang akan diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia tidak lama lagi.

Sabah & Sarawak Semakin Sesak, 17 Parti Baru, Parti Bebas Bakal Bersaing PRU-13

Oleh SIRA HABIBU, RUBEN SARIO PETALING JAYA: Walaupun rundingan diadakan antara Pakatan Rakyat dan parti pembangkang yang berpangkalan di Sabah untuk mengelakkan pergaduhan pelbagai penjuru, sekurang-kurangnya 13 parti baru meminta untuk didaftarkan di negeri ini dan banyak parti Bebas dijangka menyertai persaingan.

Ada Cadangan Mansuhkan Hukuman Sebat Untuk Pekerja Asing - Nazri

JAKARTA: Hukuman sebatan terhadap pekerja asing yang diperuntukkan di bawah undang-undang imigresen akan dicadangkan supaya dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai bersifat tidak manusiawi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Malaysia Kaji Kemungkinan Wujudkan Akta Pekerja Asing

JAKARTA: Malaysia akan meneroka kemungkinan terhadap keperluan mengadakan sebuah akta pekerja asing bagi menguruskan pekerja asing dalam negara, yang kini mencapai angka 4 juta orang.

Penggunaan Kad Mendarat Bagi Pelawat Asing Dimansuh Mulai 1 Jun

PUTRAJAYA: Setiap pelawat asing hanya perlu membawa pasport dan tidak lagi perlu mengisi borang untuk memasuki negara ini apabila penggunaan Kad Mendarat Imigresen (IMM.26) dimansuhkan mulai 1 Jun ini.

Tiada Desakan Daripada NFCorp Kepada Pemberi Maklumat

PETALING JAYA: Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Khamis menafikan memberi tekanan kepada pemberi maklumat yang mendedahkan butiran perbankan syarikat itu.

Cuepacs-MTUC Akan Kemuka Empat Tuntutan Kepada PM

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

MIC Akan Serah Senarai Calon Kepada PM - Palanivel

KUALA LUMPUR: MIC menyenaraikan muka baru dan lama sebagai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekembali beliau ke tanah air.

 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel