|
|
ARKIB: JENAYAH
Friday, May 18, 2012
Tujuh Lelaki Ditahan Dipercayai Terbabit Kes BunuhIPOH: Polis menahan tujuh lelaki dan menemui beberapa barangan milik mangsa serta senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki di Jalan Bercham, dekat sini, Isnin lepas. Bekas Tahanan Simpang Renggam Terus MengganasKUALA LUMPUR: Baru sahaja tiga bulan keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, lima bekas tahanannya melakukan tiga lagi kes samun sebelum tiga daripadanya ditahan semalam. Polis Yakin Dalang Penculikan Nayati Kembali Ke MalaysiaKUALA LUMPUR: Polis yakin dalang kes penculikan kanak-kanak warga Belanda di sini pada 27 April lalu akan kembali ke tanah air dalam tempoh terdekat. Polis Rampas Eramin 5 Bernilai RM14.9 Juta Susulan Serbuan Terbesar Sabtu LepasKUALA LUMPUR: Lima hari selepas tumpasnya sindiket memproses dadah jenis Eramin 5 bernilai RM43 juta di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Klang, Polis Selangor pada Rabu lepas menyerbu stor simpanan utama sindiket itu di sebuah rumah di Kapar, Klang melibatkan rampasan RM14.9 juta. Penoreh Maut Motosikal Diseret LoriBESUT: Seorang penoreh maut apabila motosikalnya dirempuh lori dan diseret kira-kira 80 meter di Km 93, Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Pekan Jabi di sini pagi Jumaat. Bangunan Utama Pasar Borong Kangar Terbakar, 12 Peniaga TerjejasKANGAR: Bangunan utama Pasar Borong Kangar yang menempatkan kira-kira 12 peniaga, rosak teruk dalam kebakaran awal hari Jumaat namun tiada kecederaan dilaporkan. Operasi Imigresen: 39 Warga Asing Temasuk Lima Kanak-Kanak DitahanMELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan 39 warga asing termasuk lima kanak-kanak dalam 'Operasi Pintu ke Pintu' melibatkan empat taman perumahan di sekitar negeri ini bermula malam Rabu hingga awal pagi Khamis. Polis Rampas Eramin Dan Ekstasi Bernilai RM5.2 JutaSHAH ALAM: Polis merampas hampir 160,000 biji pil dipercayai dadah jenis Eramin 5 dan ekstasi bernilai RM5.2 juta dan menahan dua lelaki warga tempatan dalam serbuan di sebuah rumah teres yang dijadikan stor menyimpan dadah berkenaan di Taman Kinrara, Puchong dekat sini Selasa lepas. Lelaki Warga India Ditahan Di KLIA, Disyaki Cuba Seludup Dadah RM1.2 JutaSEPANG: Seorang lelaki rakyat India yang cuba menyeludup dadah seberat 5.17 kilogram bernilai RM1.2 juta ke negara ini dengan menggunakan periuk ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa lepas. Empat Pengawal Keselamatan Ditahan Curi KabelBALIK PULAU: Empat pengawal keselamatan di tapak pembinaan sebuah kilang di sini didapati mencuri kabel elektrik di tapak tersebut. |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||