Tuesday, May 22, 2012
KUALA LUMPUR: Keputusan perniagaan yang tegas yang diambil telah berjaya membantu Malaysia Airlines (MAS) mengurangkan kerugian selepas cukainya sebanyak 29 peratus kepada RM171 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac, 2012, daripada kerugian RM242 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas walaupun harga bahan api jet meningkat.
PORT DICKSON: Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright, sebuah program untuk meningkatkan kemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah menengah, dijangka diperluaskan apabila 75 peserta tiba di negara ini, awal tahun depan.
KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan rayuan tiga individu berhubung lesen operasi sementara (TOL) Loji Bahan-Bahan Maju Lynas akan diumumkan dalam tempoh dua minggu.
PUTRAJAYA: Mesyuarat Panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa memutuskan semua poster parti politik yang bertanding wajib meletakkan nama pencetak dan penerbit pada poster berslogan parti.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes-kes pembocoran maklumat akaun perbankan supaya menyalurkannya kepada suruhanjaya itu.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan membuat ketetapan mengenai kegiatan rumah urut yang semakin berleluasa di negeri ini pada mesyuarat mingguan exco negeri esok (Rabu).
KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menyediakan kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya mereka kepada orang ramai.
Oleh IZRA ABD RAHMAN KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan termasuk bantuan guaman kepada Lans Koperal Mohd Khairul Asri Mohd Sobri, 30, dan Konstabel Shahrul Niza Abd Jalil, 24, yang didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan melakukan kekerasan terhadap jurugambar semasa Bersih 3.0.
KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang pernah mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan pelbagai pihak apabila hadir ke mahkamah sebagai salah seorang peguam bela Ketua Pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0.
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menyarankan supaya diadakan satu kajian mengenai kesan krisis hutang zon euro ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
JOHOR BAHRU: Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan Islam dan Melayu sekiranya PAS tidak bersedia buat demikian, kata Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan parti itu akan berjuang habis-habisan untuk merampas negeri yang dianggap sebagai 'deposit tetap' Umno terutamanya, Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
JOHOR BAHARU: Kerajaan merancang untuk menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM3 bilion bagi meluaskan ladang hutan di negara ini bagi mencapai kawasan seluas 375,000 hektar menjelang tahun 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR: AirAsia menggantung operasi penerbangan tujuh kali seminggu Kuala Lumpur-Solo (Indonesia) berkuat kuasa 2 September, 2012 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula pelan perniagaannya.
Oleh IZRA ABD RAHMAN KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disaran mengadakan muzakarah dengan Umno Kelantan terlebih dahulu sebelum berhasrat bermuzakarah dengan Umno di peringkat kebangsaan.
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM KUALA LUMPUR: Gelombang hijau yang dicetuskan menerusi Himpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 1 Jun depan di Stadium Darul Aman, Kedah bukan bertujuan untuk menyaingi perhimpunan sambutan ulang tahun ke-66 Umno baru-baru ini.
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAN PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pada Selasa menegaskan beliau hanya berjumpa secara kebetulan dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo sekali sahaja pada tahun 2008.
JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kesatuan sekerja dan majikan terus meningkatkan hubungan baik bagi mengurangkan berlakunya pertikaian perusahaan.
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menolak dakwaan bahawa pindaan terhadap Akta Keterangan adalah tidak adil kepada pengguna internet.
PETALING JAYA: Kawasan jalan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga, di Bukit Damansara yang dicat dengan petak kuning telah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan 30 simbol yang lebih 'moden dan mesra' untuk dipilih dan digunakan oleh calon-calon bebas pada pilihan raya akan datang.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Isnin, menafikan parti itu mahu bermuzakarah dengan Umno.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBK) tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan peniaga yang mahu membuka pasar malam di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini, pada Khamis dan Jumaat ini.
KUALA LUMPUR: Perhimpunan di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Isnin.
Oleh SHAILA KOSHY KUALA LUMPUR: Suhakam telah membuat keputusan untuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan penggunaan kekerasan yang tidak perlu oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
Oleh MARTIN CARVALHO KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas telah membuat kesimpulan pendengaran awam mereka pada Isnin.
JELI: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menawarkan tempat kepada pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dipilih, melalui satu program khas 'Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia' yang diadakan di seluruh negara.
JOHOR BAHARU: MCA Pusat masih menunggu laporan rasmi daripada MCA Johor mengenai tindakan 10 anggota dari bahagian Pengerang keluar parti itu Jumaat lepas.
PETALING JAYA: Pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dijangka akan dikenakan tindakan pada Selasa berhubung perhimpunan Bersih pada 28 April.
KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua yang telah berdaftar sebagai pemilih, terutama yang mendaftar pada suku pertama tahun ini, agar menyemak butiran mereka dengan SPR dari sekarang.
Oleh TEH ENG HOCK SHAH ALAM: Paras simpanan air di negeri ini berada pada tahap kritikal iaitu 2.5 peratus, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.