ARKIB: BERITA

Sunday, March 09, 2014

PRK Kajang: Zaid Ibrahim Tidak TandingTerkini

PETALING JAYA: Bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

MAS Sedia Bawa Keluarga Penumpang Dari China Ke KLTerkini

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) sedia membawa anggota keluarga penumpang warga China yang mahu ke Kuala Lumpur, menurut syarikat penerbangan itu di sini pada Ahad.

Nasib Pesawat MH370 Hilang Kekal Jadi Misteri

KUALA LUMPUR: Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada Sabtu kekal menjadi misteri.

MCA Tawar Khidmat Terjemahan Untuk Keluarga Penumpang Pesawat

KAJANG: MCA menawarkan khidmat terjemahan kepada keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, dari negara China dan pihak kedutaan China di Kuala Lumpur.

Penuntut USM Terkandas Di Gunung Jerai Ditemui

GURUN: Lapan penuntut lelaki dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang yang terkandas di Gunung Jerai di sini sejak petang Sabtu ditemui dalam keadaan selamat dan akan dibawa turun pada Ahad.

PDRM Bekerjasama Dengan Agensi Antarabangsa Siasat Kehilangan MH370

KEMAMAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan agensi perisikan antarabangsa bagi menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Radar Militari Kesan MH370 Berpatah Balik

SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

APMM Sahkan Tumpahan Minyak Dekat Lokasi Terakhir MH370Terkini

Oleh JOSEPH KAOS Jr PASIR PUTEH: Sebuah pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika di selatan, lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370.

CCTV Rakam Gerak-Geri Dua Individu Guna Pasport PalsuTerkini

SEPANG: Gerak-geri dua penumpang misteri yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 menggunakan pasport palsu berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kedutaan China Sahkan Pasport Curi Digunakan Dua Penumpang MisteriTerkini

PETALING JAYA: Kedutaan China mengesahkan laporan pasport warga Austria dan Itali yang dicuri, digunakan penumpang misteri di dalam pesawat tersebut, kata Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

Wan Azizah Ganti Anwar Tanding Di KajangTerkini

Oleh RAHMAH GHAZALI KAJANG: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dipilih sebagai calon untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini.

Agensi Anti Keganasan Telah Dimaklumkan - HishammuddinTerkini

Oleh LEE YEN MUN SEPANG: Malaysia telah memaklumkan agensi anti pengganas dari negara terbabit berikutan laporan beberapa individu yang menaiki pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu menggunakan pasport yang dicuri.

Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tajuk Utama Akhbar Luar Negara

KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara.

Hishammuddin Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah BalikTerkini

Oleh LEE YEN MUN SEPANG: Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.

DCA Siasat Dakwaan Dua Individu Naiki Pesawat MH370Terkini

Oleh NADIRAH H.RODZI SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) akan melakukan siasatan terhadap dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport yang dilaporkan dicuri di Thailand dari segenap sudut.

Penumpang Kekal Yakin Terhadap MAS

SEPANG: Ketika anggota pasukan mencari dan menyelamat meningkatkan usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang di Laut China Selatan awal pagi Sabtu, beberapa penumpang menyuarakan keyakinan terhadap keselamatan penerbangan MAS.

MAS Akan Tubuh Pusat Gerakan Sebaik Sahaja Pesawat MH370 DitemuiTerkini

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan sebuah pusat gerakan di Kota Baru atau Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti.

Kehilangan Pesawat MH370: FBI Bantu SiasatanTerkini

PETALING JAYA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mengambil kira tiga rakyat negara itu turut tersenarai antara penumpang yang menaiki pesawat tersebut, lapor LA Times pada Ahad.

Kehilangan Pesawat MH370: Masih Tiada Petunjuk Baharu Terkini

Oleh LEE YEN MUN SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 masih belum menjumpai sebarang petunjuk setakat pukul 7 pagi Ahad.

Sembilan Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 7 PagiTerkini

KUALA LUMPUR: Sembilan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 7 pagi Ahad.

Pasukan Kesihatan Di The Everly Hotel Tangani Kes Trauma

PUTRAJAYA: Sekumpulan pasukan kesihatan ditempatkan di The Everly Hotel di sini untuk menangani kes-kes trauma dalam kalangan waris dan keluarga penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.

Freescale Semiconductor Di Texas Sahkan 20 Kakitangannya Menaiki Pesawat MH370Terkini

WASHINGTON: Sebuah syarikat semikonduktor di Texas pada Sabtu berkata kira-kira 20 kakitangannya disahkan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.

PM Jumpa Anggota Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Pagi IniTerkini

SEPANG: Waris dan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kini ditempatkan di Everly Hotel, Putrajaya dan akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke satu lokasi yang masih belum dimaklumkan, 9 pagi Ahad.

Tiada Petunjuk Tentang Pesawat MH370 Selepas Lebih 24 Jam HilangTerkini

SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.

Anggota Keluarga Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Antara Penumpang Pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Isteri dan anak pengerusi Kumpulan Modal Perdana, Datuk Mohamed Ramli Abbas merupakan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.

Dua Individu Menyamar Menaiki Pesawat MH370 Yang Hilang

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai penumpang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.

Operasi Mencari Pesawat MH370 Diteruskan Sepanjang Malam - Aziz Kaprawi

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, operasi mencari dan menyelamat bagi pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu, akan diteruskan sepanjang malam.

Pesawat MH370 Hilang: Dua Tumpahan Minyak Dikesan Di Luar Pantai Vietnam

KUALA LUMPUR: Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Senarai Penumpang Dan Kru MH370

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines pada Sabtu menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing.

Operasi Mencari Pesawat MH370 Babit Negara Luar - PM

SEPANG: Operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diteruskan dengan membabitkan negara yang berdekatan kawasan kejadian, termasuk bantuan negara luar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jabatan Imigresen Buka Kaunter Khas Pasport Untuk Waris Mangsa Pesawat MH370

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB PETALING JAYA: Jabatan Imigresen membuka kaunter khas bagi permohonan pasport untuk keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.

Jangan Buat Spekulasi Tentang Pesawat MH370 - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati semua pihak agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya tentang kejadian pesawat MH370 yang dilaporkan hilang.

Pesawat MH370 Hilang: DCA Sahkan Radar Terputus Hubungan 1.30 Pagi Sabtu

Oleh ZUHRIN AZAM AHMAD SEPANG: Kedudukan isyarat terakhir pesawat MH370 direkodkan oleh radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 1.30 pagi Sabtu.

 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel