|
|
BERITA
Isnin November 06, 2006
Abang nafi Azhar Mansor masuk Kristian
Katanya beliau sedih dengan tohmahan melalui SMS yang mendakwa adiknya itu sudah murtad, berpindah ke Australia dan kini giat mengkafirkan orang Islam. "Fitnah semuanya. SMS yang mengatakan Azhar sudah peluk agama Kristian dan telah banyak membaptiskan pelajar adalah tidak benar. "Saya sebagai abang Azhar hendak menjelaskan bahawa SMS itu menipu," katanya. Azham, 56, yang ditemui pemberita di perkarangan gereja Lady of Lourdes, berkata adik kandungnya itu sedang menguruskan perniagaannya di Langkawi. "Saya pasti dan saya tahu adik saya. Dia seorang Islam. Tolonglah, jangan ganggu dia lagi.
"Memang perkara ini tidak wujud, ini menipu. Dia ada di Langkawi. Saya telefon bapa saya dan dia telefon Azhar yang mengatakan dia di Langkawi. Saya telefon bapa saya sebab saya hendak tahu apa hal semua ni," kata Azham yang kini menetap di Pasir Puteh. Beliau berkata SMS itu disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, yang ingin memburukkan nama Azhar dan keluarganya. Azham yang hadir bersama keluarganya di gereja itu berkata sebelum ini, adiknya pernah dilemparkan dengan pelbagai dakwaan berkaitan status Islamnya dan dikatakan memeluk agama Kristian selepas pulang dari pelayarannya mengelilingi dunia tanpa henti menggunakan kapal layar Jalur Gemilang pada tahun 1999. Azhar tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya. BERNAMA |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||