|
|
BERITA
Isnin Julai 4, 2011
Jangan Hancurkan Apa Yang Dibina Selama Ini - Najib
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan atau menghancurkan apa yang dibina dan dibangunkan selama ini. Perdana Menteri berkata rancangan mengadakan perhimpunan haram ataudemonstrasi jalanan oleh pihak berkepentingan pada 9 Julai ini, bukannya carayang baik dalam mencari penyelesaian. "Ini semua (perhimpunan haram) sebenarnya bukan tujuannya untukmemperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untukmendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik. "Melalui demonstrasi jalanan... dan jika berlaku, banyak orang akan tumpangsemangkuk. Tidak ada jaminan bahawa segala-galanya boleh berlaku dengan aman. "Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekakidan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini Isnin. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beberapamenteri Kabinet. Najib berkata sebenarnya ada pendekatan lain untuk menangani sesuatu isu itudan jangan melakukannya kerana dipengaruhi oleh emosi. "Kita kena ingatkan perkara ini sebelum terlambat. Kalau mereka hendaksangat kemukakan memorandum dan sebagainya untuk menunjukkan mereka 'decent'dalam demokrasi, pakat baik-baik dengan pihak berkuasa. "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa merekamemilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan. "Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidakmenjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia bolehmengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya. Najib berkata jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk memperbetulkan sistem pilihan raya di negara ini, kenapa Barisan Nasional (BN) tewas di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008. Perdana Menteri menjelaskan keadaan itu menunjukkan bahawa sistem pilihanraya yang diadakan di negara ini adalah bebas dan adil. Malah, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sanggup mengkajidengan melakukan penambahbaikan, termasuk akan memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan sistem pilihan raya di negara ini, berjalan dengan adil. "Tetapi yang anehnya bila dah menang... sunyi sepi, tiada cerita pengundihantu. Tiba-tiba bila rasa dah dekat, timbul balik. Ini jenis hantu, ada masatimbul, ada masa dia hilang," katanya. Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat supaya mendengar nasihat daripadaYang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bimbang bahawa lebihbanyak keburukan daripada kebaikan dengan mengadakan perhimpunan haram itu. "Saya harap, kita beringat dan sedar bahawa tanggungjawab kita menjaga masadepan negara... jaga masa depan anak-anak dan kelangsungan Malaysia, negara kita yang tercinta," katanya. Najib berkata sejak merdeka, Malaysia telah membangun menjadi sebuah negaraberjaya berasaskan kepada lima sendi atau prinsip iaitu keharmonian hubungankaum, kestabilan politik, mengamalkan sistem pasaran terbuka, meletakkanperlembagaan dan undang-undang negara di tempat yang tertinggi sertamemperkenalkan dasar-dasar yang pasti dilaksanakan. Malah, Perdana Menteri berkata dalam tempoh enam bulan tahun ini, kerajaanberjaya melaksanakan agenda-agenda yang telah ditetapkan di bawah ProgramTransformasi Kerajaan(GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). "Kita juga sedang dan akan terus melakukan usaha-usaha untuk meringankanbeban rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dan dapat rasakan taraf dankualiti hidup mereka dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya. -BERNAMA |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||