|
|
BERITA
Published: Rabu Disember 26, 2012 MYT 9:20:00 PM
Amanat Hadi Beri Impak Negatif - Hasan Ali
KUALA LUMPUR: Impak amanat Haji Hadi yang diuar-uarkan PAS ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusia 35 tahun dahulu memberi impak negatif kepada akidah atau kepercayaan di kalangan masyarakat Islam. Malah Presiden Gerakan Memartabatkan Umat (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkatapendedahan yang dibuat media mengenai kesan amanat itu hanyalah gambaran 10 peratus berbanding realiti kesannya dalam masyarakat Islam kini. Dr Hasan selaku bekas Naib Presiden PAS amat terkejut dengan laporan mediaterhadap kesan amanat itu sehingga menyebabkan berlakunya solat dua imam,perceraian dan perpecahan keluarga di kalangan masyarakat Islam, hanya disebabkan perjuangan politik berbeza. "Saya terkejut apabila media melaporkan setiap hari mengenai mangsa atau mereka yang pernah percaya kepada amanat Haji Hadi itu, yang berani tampil mendedahkan perbuatan mereka dan kesannya kepada keluarga mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Justeru, beliau meminta Presiden PAS itu sendiri, yang membuat amanatnya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981, agar tampil memberi penjelasan segera kepada umat Islam dan menarik balik amanatnya serta bertaubat. Hasan, yang pernah menjadi Exco agama kerajaan negeri Selangor, berkatapenjelasan itu penting agar tiada lagi perbuatan yang menyalahi akidah berlakudi kalangan penyokong parti kerana ia dilihat lebih memudaratkan daripadakebaikan. Atas faktor itu juga, beliau mendesak Abdul Hadi agar tidak mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan perkara itu menjadi rumit. "Malahan KITA juga sedia untuk menganjurkan muzakarah antara ulama PAS dan memanggil ulama dari luar negara untuk membincangkan soal amanat Haji Hadi itu," katanya.BERNAMA |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||