BERITA

Kontrak Idris Haron Sebagai Pengerusi SPNB Disambung

KUALA LUMPUR: Tempoh perkhidmatan Datuk Wira Idris Haron sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah disambung dua tahun lagi berkuatkuasa 1 April lalu.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh dalam kenyataannya hari ini berkata, Idris merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang telah dilantik sebagai Pengerusi SPNB oleh Menteri Kewangan sejak 1 April 2010.

Sementara itu, turut dilantik dua lagi Ahli Lembaga Pengarah SPNB yang baru iaitu Datuk Shuib Md Yusop dan Anis Rizana Zainudin. SPNB merupakan agensi milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). -BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel