BERITA

SPR Diminta Timbang Semula Cadangan Daftar Automatik Pengundi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta menimbang semula cadangan pendaftaran secara automatik rakyat Malaysia berusia 21 tahun sebagai pengundi, yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook berkata, SPR perlu mengambil kira cadangan Putera MIC pada satu pendengaran umum itu kerana majoriti daripada 3.3 juta yang layak mengundi adalah anak muda.

"Ia cadangan yang baik dan Pakatan (pakatan pembangkang) sentiasa mengalu-alukan pembaharuan seperti ini, tanpa mengira sama ada ia dikemukakan parti komponen pembangkang atau Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Loke yang juga Anggota Parlimen Rasah, berkata, melalui langkah itu SPR dan semua parti politik boleh menggunakan sumber mereka untuk menjalankan kegiatan lain. - BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel