JENAYAH

Polis Maut Nahas Jalan Raya

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum merempuh batu pembahagi jalan di Jalan Tanjung Lumpur dekat Bandar Putra di sini, awal pagi Selasa.

Lans Koperal Mohamad Idzmir Amran, 32, dari Kempadang yang bertugas di Balai Polis Gambang cedera parah di kepala dalam kejadian pukul 6.05 pagi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi AbdulRahim memberitahu, mangsa menunggang sendirian dalam perjalanan menuju bandarKuantan dari rumahnya.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan kenderaannya lalu tebabas melanggar batupembahagi jalan dan tercampak ke laluan bertentangan.

"Mangsa cedera teruk di kepala dan disahkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel