LUAR NEGARA

Ribut taufan kuat landa Jepun

TOKYO: Ribut taufan kuat melanda Jepun pada hari ini, menyebabkan kerosakan dan banjir yang meluas di negara itu. Seorang lelaki mati dan beberapa dilaporkan tercedera.

Taufan Melor mencecah pulau utama negara, Honshu awal pagi tadi dengan angin kencang. Hujan lebat membanjiri banyak jalan dan rumah, menumbangkan pokok-pokok dan tiang elektrik dan memusnahkan beberapa bangunan.

Hiroshi Kitahara, 54, telah terbunuh ketika membuat penghantaran suratkhabar pada awal pagi apabila motosikalnya melanggar sebatang pokok yang tumbang disebabkan oleh ribut di pantai Wakayama, kata seorang jurucakap polis tempatan.

Di tempat lain di negara itu, ribut taufan juga telah merosakkan bumbung bangunan dan trak-trak besar di lebuh raya yang bergerak ke timur laut. Siaran berita menunjukkan kereta-kereta ditenggelami oleh banjir dan air sungai telah melimpah melepasi tebing.

Operator kereta api terpaksa menangguhkan atau membatalkan perkhidmatan di banyak stesen, manakala komuter terkandas merentasi bandar raya semasa waktu sibuk pada pagi tadi. Lebih 200 penerbangan di lapangan terbang bandar raya ituturut dibatalkan, kata pemberita NHK.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, ribut taufan kembali reda sedikit setelah ia beralih ke bahagian utara, dan pagi tadi angin bertiup kira-kira 90 batu sejam. Ia diramal berakhir di beberapa bahagian negara itu pada esok.-AP

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel