|
|
LUAR NEGARA
Selasa Oktober 30, 2012
Statistik & PerkembanganTaufan Sandy Yang Melanda Pantai Timur Amerika Syarikat Khususnya New York
WASHINGTON: Berikut adalah perkembangan Taufan Sandy yang telah melanda pantai Timur Amerika Syarikat khususnya New York: > 50 buah rumah telah musnah terbakar di kawasan Queens, bandar New York berpunca daripada renjatan elektrik; > Tujuh buah terowong kereta api bawah tanah di New York telah dibanjiri air - iaitu kejadian terburuk dalam sejarah 108 tahun perkhidmatan tersebut. > Sekurang-kurangnya 12 orang telah dilaporkan terbunuh di enam buah negeri. > Taufan Sandy mengekalkan kelajuan angin pada tahap 130 kilometer sejam sepanjang ia melanda New York - menenggelamkan bahagian rendah Manhattan dan memutuskan bekalan elektrik di sebahagian besar bandar tersebut. > Air laut melimpah sehingga ke Sungai Hudson. > Hospital New York University terpaksa memindahkan pesakit ke hospital lain selepas ia terputus bekalan elektrik termasuk bekalan bantuan dan sokongan. > Virginia Barat, Maryland dan Utara Carolina dilanda salji lebat selepas Taufan Sandy bertembung dengan angin sejuk dari Kanada. > Sebahagian bandar besar di pantai Timur Amerika seperti Boston, New York, Philadelphia, Baltimore dan Washington dijangka lumpuh selepas Taufan Sandy menjejaskan pengangkutan dan kemudahan awam. > Replika kapal perang HMS Bounty sebagaimana yang digunakan dalam sebuah filem Hollywood lakonan Mel Gibson karam dibadai Taufan Sandy di Utara Carolina. > Laporan media massa Amerika menganggarkan sekurang-kurangnya enam juta isi rumah keputusan bekalan elektrik sejak Isnin. > Kawasan pantai di Maryland, Delaware, Massachusetts dan Long Island, New York hampir kesemuanya ditenggelami air. > Pasaran Saham New York dan Nasdaq, pasaran kewangan terbesar dunia buat pertama kalinya sejak Taufan Gloria pada tahun 1985 menghentikan urusniaga bagi membolehkan laporan terkini tentang Taufan Sandy disiarkan. > Presiden Barack Obama memendekkan kempen pilihan raya di Florida dan segera kembali ke Washington untuk menguruskan bantuan segera kepada mangsa. > Seorang lagi calon presiden dari Parti Republican, Mitt Romney turut membatalkan kempennya pada Isnin dan Selasa. > Beribu penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan. > Kos kerugian daripada badai Taufan sandy ini dianggarkan bakal mencecah AS$20 bilion. |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES |