LUAR NEGARA

Kes Rogol Berkumpulan: Negeri Di India Rancang Tubuh 65 Balai Polis Wanita

KOLKATA, India: Ketua menteri wanita barat India di Bengal pada Jumaat mengumumkan mewujudkan 65 balai polis wanita, apabila pihak berkuasa cuba untuk meredakan kemarahan yang semakin membara ekoran kes rogol oleh sekumpulan lelaki ke atas seorang pelajar perempuan di New Delhi.

“Kesemua 65 balai polis wanita ini akan ditubuhkan di seluruh Barat Bengal bagi sebarang urusan berkaitan jenayah terhadap wanita,” kata Mamata Banerjee, pemimpin parti Trinamool kepada perhimpunan di utara negeri itu.

“10 daripada stesen-stesen ini sudah pun beroperasi,” tambah beliau.

Banerjee, yang baru-baru ini mengadakan perhimpunan gabungan utama bagi parti Kongres yang memerintah turut mengumumkan sebanyak 158 mahkamah baru sedang diwujudkan di negeri itu untuk mempercepatkan kes-kes yang melibatkan jenayah terhadap wanita.

Kenyataan beliau itu selepas kerajaan persekutuan melancarkan satu langkah untuk mengambil lebih ramai pegawai wanita sebagai usaha untuk membangunkan keyakinan.

Kempen itu akan bermula di ibu negara India, New Delhi di mana berlakunya seorang pelajar berusia 23 yang dirogol dengan kejam oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu, sehingga mencetuskan protes di seluruh negara.

Kekurangan pegawai wanita telah dipersalahkan secara besar-besaran berikutan kegagalan beberapa pasukan polis untuk menyiasat dakwaan jenayah seks dengan teliti.

Kaum wanita sebagai pegawai polis di India pada masa ini berkurangan, iaitu kurang dari seorang dalam lima pegawai polis. - AFP

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel