LUAR NEGARA

Menteri Pertahanan Sweden Letak Jawatan

STOCKHOLM: Menteri Pertahanan Sweden Sten Tolgfors meletak jawatan selepas menghadapi kritikan keras terhadap rancangan sulit untuk membina sebuah kilang senjata di Arab Saudi bocor kepada pihak media.

Jurucakap Perdana Menteri Fredrik Reinfeldt, Roberta Alenius memberitahu The Associated Press bahawa Tolgfors telah meletak jawatan atas permintaan sendiri.

Beliau enggan membincangkan sebab dan berkata maklumat lanjut akan dibentangkan pada sidang akhbar Khamis.

Tolgfors telah dikritik selepas radio awam Sweden, memetik kebocoran dokumen, melaporkan bahawa agensi-agensi tentera Sweden dalam perbincangan untuk membantu Arab Saudi membina kemudahan bagi pembaikan dan pengubahsuaian senjata anti-kereta kebal.

Sweden tidak mengharamkan eksport senjata ke Arab Saudi, tetapi laporan mencadangkan perjanjian itu dibuat untuk mengelak perbincangan awam mengenai isu itu.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel