LUAR NEGARA

Lapan Terkorban Perlanggaran Bas Mini Dan Trak

POLAND: Bas mini yang membawa pelombong arang batu warga tempatan telah bertembung dengan sebuah trak di Poland, membunuh lapan orang dan mencederakan 10 yang lain.

Penggubal undang-undang Poland bertafakur beberapa minit pada hari Khamis untuk mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku lewat Rabu berhampiran Zywiec, sebuah bandar di selatan Poland berhampiran sempadan Republik Czech.

Stesen berita TVN24 melaporkan pada Khamis bahawa beberapa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan doktor masih cuba untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Seorang anggota bomba rasmi, Marek Tetlak, berkata tujuh daripada mangsa telah terbunuh di tempat kejadian dan kemudiannya seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Antara mereka yang terbunuh ialah pemandu bas mini, yang membawa pelombong arang batu pulang ke rumah selepas pertukaran shif kerja.

Pemandu trak yang mengangkut kayu, terselamat.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel