LUAR NEGARA

Setiausaha Agung OIC, PM Gabon Bincang Cara Pertingkat Hubungan Bilateral

LIBREVILLE: Prof Ekmeleddin Ihsanoglu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Gabon, Raymon Ndong Sima bagi membincangkan cara-cara untuk mempertingkat hubungan bilateral dan memupuk kerjasama antara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan Republik Gabon.

Menurut kenyataan dikeluarkan OIC, semasa pertemuan itu pada Khamis, setiausaha agung itu telah memberitahu Raymon mengenai usaha OIC di forum antarabangsa bagi mempertahanan hak rakyat Palestin.

Juga disentuh ialah fenomena Islamophobia, khususnya kaitannya dengan kejayaan meluluskan Resolusi 18/16 di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, dan Proses Istanbul.

Selain itu, kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan program kemanusiaan OIC di negara-negara anggota, dengan merujuk kepada program ekonomi dan pembangunan dilaksanakan di negara-negara anggota di bawah tanggungjawab OIC. - BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel