|
|
LUAR NEGARA
Selasa April 24, 2012
Kilang Tenusu Meletup: Seorang Maut, Tiga Lagi Cedera
OSLO: Satu letupan gas berlaku di bangunan kilang tenusu di tenggara Norway pada Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang pekerja dan mencederakan tiga yang lain. Sementara itu, media tempatan melaporkan anggota penyelamat kini masih dalam usaha mencari lima lagi pekerja yang dipercayai hilang. Menurut agensi berita NTB, seramai 20 hingga 25 orang pekerja berada di kilang ketika letupan berlaku. Berdasarkan rakaman agensi berita, ia menunjukkan kerosakan yang teruk di bahagian loji serta sekitar bangunan. "Seorang disahkan mati dan tiga lagi cedera parah," kata jurucakap polis di Fredrikstad. |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES |