|
|
LUAR NEGARA
Rabu Mei 23, 2012
Empat Pendaki Maut di Puncak Gunung Everest
KATHMANDU: Seramai empat pendaki terdiri daripada warga Jerman, Korea Selatan, Kanada dan China ditemui maut pada puncak gunung tertinggi di dunia, Everest, lapor pegawai kerajaan. Menurut agensi ekspedisi Ang Tshering Sherpa, pendaki Jerman, Eberhard Schaaf, 61, dan pendaki Korea Selatan, Song Won-bin, 44, ditemui maut kelmarin pada kedudukan selatan di puncak gunung terbabit. Pendaki wanita Kanada yang dikenali sebagai Shriya Shah, 33 pula ditemui maut berhampiran puncak gunung manakala pendaki China, Ha Wenyi, 55, terbunuh pada ketinggian 8,600 meter. Punca kematian dipercayai akibat tekanan altitud. - AFP |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES |