|
|
LUAR NEGARA
Rabu Mei 23, 2012
Empat Lelaki Dihukum Penjara Dan Denda Bunuh Orang Utan
JAKARTA: Sebuah mahkamah daerah di Kalimantan Timur pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga 10 bulan serta denda ke atas empat lelaki kerana membunuh dua orang utan di ladang kelapa sawit berasingan tahun lepas. Tajar dan Tulil dari daerah kecil Muara Lancong masing-masing dikenakan hukuman penjara 10-bulan dan denda Rp50 juta selepas mereka mengaku bersalah membunuh seekor orang utan dewasa pada Mei tahun lepas, tetapi mereka mendakwa bahawa haiwan itu cuba menyerang mereka. Sementara itu, sebuah lagi mahkamah di daerah Kutai Timur turut menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda Rp25 juta masing-masing ke atas Leswin dan Tadeus dari daerah kecil Telen kerana membunuh seekor orang utan dewasa di sebuahladang, lapor harian berbahasa Inggeris the Jakarta Globe pada Selasa. Menurut harian itu, Leswin dan Tadeus telah menangkap seekor orang utan betina dan anaknya, yang mereka dakwa memakan kelapa sawit di ladang mereka. Mahkamah berpendapat dua defendan itu wajar dikenakan hukuman lebih ringan kerana telah menghubungi kumpulan alam sekitar tempatan, Pusat bagi Perlindungan Orang utan, namun bila anggota kumpulan itu tiba orangutan dewasa itu telah pun mati sementara anaknya dikurung dalam kotak kecil. - BERNAMA |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES |