LUAR NEGARA

Usahawan Perlombongan Australia Wanita Terkaya Di Dunia

MELBOURNE: Usahawan bijih besi Australia, Gina Rinehart, mengungguli senarai 200 Orang Terkaya 2012 Business Review Weekly (BRW), dengan kekayaan dianggarkan bernilai A$29.17 bilion.

BRW juga menamakan Rinehart sebagai wanita terkaya di dunia, mengatasi Christy Walton yang terkenal melalui Wal-Mart, dan berkata pengerusi Hancock Prospecting itu bakal menggantikan jutawan telekomunikasi Mexico, Carlos Slim Helu, sebagai orang terkaya di dunia.

Menurut BRW, kekayaan Rinehart telah meningkat tiga kali ganda sejak anggaran tahun lepas berjumlah A$10.3 bilion.

Beliau menyertai senarai itu pada 1992 dengan kekayaan bersih bejumlah A$75 juta selepas kematian bapanya, Lang Hancock.

Anggaran kekayaan Rinehart oleh BRW adalah lebih daripada A$10 bilion lebih tinggi daripada anggaran yang dibuat oleh Forbes pada Mac.

Dalam senarai bilionair dunia bagi Mac, majalah AS itu menganggarkan kekayaan Rinehart sebanyak A$18.4 bilion.

BRW berkata peningkatan kekayaan Rinehart sebanyak lebih A$10 bilion dalam tempoh dua bulan sejak anggaran Forbes itu adalah hasil daripada pelaburan dalam projek perlombongannya baru-baru ini, terutamanya Roy Hill di Pilbara, Barat Australia. - BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel