LUAR NEGARA

Wanita Saksi Suami Mati Ketika Sembang Di Skype

EL PASO, (Texas): Keluarga kepada seorang pegawai perubatan tentera Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat di Afghanistan berkata, isteri lelaki berkenaan menyaksikan sendiri suaminya mati sewaktu kedua-duanya sedang bersembang menerusi video di Skype.

Punca kematian Kapten Bruce Kevin Clark masih belum dikenal pasti.

Keluarga Clark mengeluarkan kenyataan berkata, lelaki itu sedang bersembang dengan isterinya yang berada di Texas menerusi Skype dan secara tragik melihat sendiri suaminya meninggal dunia.

Pentagon berkata, kematian pegawai yang berusia 43 tahun itu masih dalam siasatan.

Clark meninggalkan seorang isteri dan dua anaknya, masing-masing berusia3 dan 9 tahun. - AP

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel