LUAR NEGARA

Nahas Helikopter: Menteri Keselamatan Dalam Negeri Kenya, Timbalan Terbunuh

George Saitoti. Foto REUTERS

NAIROBI: Menteri Keselamatan Dalam Negeri Kenya, George Saitoti terbunuh pada Ahad bersama dengan timbalan menterinya dan empat yang lain apabila helicopter polis yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Nairobi, kata naib presiden.

“Adalah sesuatu yang hiba kerana kita kehilangan Prof Saitoti yang amat disanjungi serta timbalan menteri, Orwa Ojode,” kata Kalonzo Musyoka kepada pemberita.

Joshua Orwa Ojode merupakan timbalan menteri keselamatan dalam negeri.

Saitoti, yang merupakan seorang calon bagi pilihan raya akan tahun depan untuk bertanding jawatan presiden yang kini dijawat oleh Mwai Kibaki.

Helikopter berkenaan berlepas dari lapangan terbang Wilson di Narobi dan terhempas pada kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan di bukit Ngong berhampiran Nairobi. - AFP

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel