LUAR NEGARA

Pesawat Terhempas Di Nigeria, 147 Penumpang Terbunuh

Orang ramai berada di salah satu bahagian pesawat yang terhempas di kawasan kejiranan di pinggir bandar Lagos di Nigeria. Foto AFP

LAGOS, (Nigeria): Sebuah pesawat penumpang terhempas ke kawasan padat dengan penduduk di Lagos, hab komersial di Nigeria pada Ahad, mengorbankan kesemua 147 penumpang dalam pesawat itu.

Presiden syarikat penerbangan itu, Goodluck Jonathan mengisytiharkan tiga hari berkabung dan mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca nahas yang mengejutkan penduduk di pinggir bandar Agege di Laos di mana kebanyakan mereka hidup di rumah-rumah berbumbung zink di sepanjang jalan-jalan yang tidak berturap.

Pesawat McDonell Douglas MD-83, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan domestik Dana Air, terhempas dalam penerbanganya dari bandar Abuja apabila ia merempuh sebuah bangunan tidak jauh dari Lapangan Terbang Murtala Muhammed di Lagos pada pukul 2.44 petang waktu tempatan dan terbakar.

Berdasarkan senarai nama penumpang yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, antara penumpang yang terkorban adalah jurucakap Nigeria National Petroleum Corporation, Lewi Ajuonuma.

Dana Air masih menyiasat punca nahas.

Dana Air menjalan operasi penerbangan di bandar-bandar seluruh Nigeria dari Lapangan Terbang Murtala Muhammed. - REUTERS

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel