LUAR NEGARA

Aktor Filem Lucah Yang Memotong Badan Kekasih Lelaki Akhirnya Ditahan Di Berlin

BERLIN (Jerman): Suspek pembunuh kanibal, Luka Magnotta yang melarikan diri dari Kanada selepas mencincang seorang lelaki Cina yang dipercayai kekasihnya lalu mengirim bahagian badan yang dipotong itu ke merata tempat melalui pos akhirnya ditahan oleh polis ketika dia sedang membaca berita mengenai dirinya menerusi internet.

Kejayaan pihak polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu dibantu oleh seorang pekerja siber kafe 24 jam bernama Kadir Anlayisli.

Pekerja berusia 42 tahun itu berkata: “Sebaik saya melihat dia sedang melayari internet dan membaca kisah mengenai dirinya, saya terus berkata dalam hati inilah lelaki yang sedang dicari oleh polis di serata dunia."

Katanya, suspek tidak menunjukkan sebarang tentangan ketika dia ditahan.

Magnotta, yang memakai cermin mata gelap dan jaket berhood ketika ditahan.

Sementara itu jurucakap polis, Stefan Rieldich berkata, Magnotta ditahan pada lebih kurang jam 2 petang di Jalan Karl-Marx di Selatan Berlin.

“Ketika ditahan dia berseorangan dan tidak melawan. Suspek kini ditahan di salah sebuah penjara di sini dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Kanada," katanya lagi.

Penangkapan itu telah mengakhiri siasatan dan pencarian yang merentasi beribu kilometer dari tempat asal jenayah itu berlaku dan melibatkan beribu anggota keselamatan dari pelbagai negara.

Magnotta disyaki membunuh kekasihnya iaitu pelajar lelaki dari China bernama Jun Lin, 33, di Montreal 25 Mei lalu.

Mayat Jun Lin kemudian dikerat beberapa bahagian - separuh daripadanya dimakan oleh suspek dan separuh lagi dikirim melalui pos ke pejabat beberapa parti politik utama Kanada.

Selepas dipercayai membunuh mangsanya, suspek telah meninggalkan Kanada dan berlepas ke Perancis sebelum memasuki Jerman.

Pihak polis kemudian berjaya menjejaki telefon bimbitnya yang dipancarkan dari Perancis.

Dia kemudian dipercayai meninggalkan Paris menggunakan bas ke Jerman.

Magnotta disyaki menuju ke daerah ini yang memang dikenali sebagai pusat tumpuan golongan gay.

Interpol pada Khamis lalu telah mengeluarkan notis berjaga-jaga kepada 190 buah negara anggotanya berhubung kes Magnotta ini.

Sebelum melakukan pembunuhan ini, Magnotta telah didapati membuat rakaman video bagaimana dia membunuh anak kucing peliharaannya dengan menjadikannya sebagai makanan ular sawa yang juga haiwan peliharaannya.

Magnotta — turut dikenali dengan nama Eric Clinton Newman dan Vladimir Romanov — bekerja sebagai aktor lucah serta "lelaki untuk disewa".

Magnotta juga dilaporkan pernah menyertai forum sakit mental lapan bulan lalu.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel