LUAR NEGARA

Bekas Perdana Menteri Itali Masuk Hospital Kerana Masalah Jantung

ROME: Bekas perdana menteri Itali, Guilio Andreotti telah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung, lapor media pada Ahad.

Andreotti ditelakkan di bawah pengawasan di klinik Rome sejak Sabtu, kata hospital, menurut laporan medoa, sambil menambah bahawa keadaan beliau “memuaskan”.

Beliau yang berusia 93 tahun itu sebelum ini dimasukkan ke klinik pada Mei kerana masalah jantung selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Andreotti menyertai parlimen pada 1946 pada akhir Perang Dunia Kedua dan tidak pernah meninggalkannya.

Beliau pernah menyandang jawatan menteri sebanyak 21 kali dan tujuh kali sebagai perdana menteri, serta menjadi seorang senator sepanjang hayat sejak 1991. - AFP

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel