Thursday, September 02, 2010
KLANG: Seorang lelaki yang mengidap sakit mental dibebaskan dari tuduhan mencederakan seorang anggota polis menggunakan pisau pada Mac lepas.
SHAH ALAM: Perjalanan ke sekolah untuk dua pelajar menjadi detik hitam selepas mereka diculik dan salah seorang dirogol oleh dua lelaki yang melanggar kereta yang dipandu oleh ayah mangsa.
KLANG: Seorang penganggur yang didakwa cuba menyebabkan kematian seorang anggota polis di sebuah kedai makan, Mac lalu diarahkan untuk dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak selepas didapati tidak waras semasa melakukan kesalahan itu.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
membebaskan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.
SEPANG: Seorang ahli perniagaan Khamis, membayar ikat jamin RM50,000 selepas Mahkamah Sesyen semalam membenarkan beliau diikat jamin terhadap pertuduhan mengeksport 95 ekor ular berbahaya tanpa permit minggu lalu.
SHAH ALAM: Dua juruelektrik, masing-masing dihukum penjara 30 tahun dan 38 tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan rogol, rompak, culik, samun dan peras ugut, empat tahun yang lalu.
SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun nama tercemar, reputasi Bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad kembali pulih selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis, melepas dan membebaskannya daripada 24 tuduhan rasuah yang bernilai RM59,000.
PETALING JAYA: Pengarang Eksekutif Hiburan & Gaya Hidup akhbar The Malay Mail, Irwan Abd Rahman atau lebih dikenali dengan nama Hassan Skodeng hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan membuat komen palsu berjudul "TNB to sue WWF over earth hour" dengan niat untuk menyakitkan perasaan orang lain.
KOTA BAHARU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis, atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia tiga tahun dengan cara menyembelih menggunakan pisau pada 24 Ogos lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang Penolong Pengarah dari Jabatan Tanah dan Galian di Putrajaya pada Khamis, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan terlibat dalam pemalsuan butiran dalam dokumen dan satu tuduhan menipu tahun lepas.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Khamis, menolak rayuan pihak pendakwaan berhubung pembebasan ahli perniagaan Koh Kim Teck daripada pertuduhan membunuh seorang remaja warga China enam tahun lepas, ekoran pihak pendakwaan gagal memastikan Koh hadir di mahkamah semasa rayuan ditetapkan untuk didengar.