MAHKAMAH

Warga Mesir Dipenjara Dua Bulan Curi Barang Dapur

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Mesir dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku mencuri barangan keperluan dapur bernilai RM640.41 dari sebuah pasar raya di Sunway Pyramid, April lepas.

Ahmed Mohammad, 36, seorang tukang masak di sebuah hotel di sini, dihukum penjara dua bulan selepas mengaku memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Majistret Ahmad Solihin memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 9 April, dan mengarahkan Ahmed dihantar pulang ke negara asalnya selepas selesai menjalani hukuman.

Ahmed didakwa melakukan kesalahan pertama di Pasaraya Jusco, Sunway Pyramid pada 3.40 petang, 9 April lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, Selangor pada 2.15 petang 13 April lepas mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala Ahmed Mohammad tidak diwakili peguam. - BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel