APA CER!

Pengalaman Amar Baharin Ditanam Hidup-Hidup

Amar Baharin.

NAMA Amar Baharin mungkin tidak begitu dikenali sebelum ini tetapi jejaka yang pernah menyertai program realiti Anak Wayang di Astro ini semakin laju meyusun langkah dalam industri hiburan tanah air.

Wajahnya kini sering menghiasi pelbagai drama-drama di televisyen dan terkini Amar popular dengan drama bersiri Nazihah di samping Izara Aishah.

Sebelum menjadi pelakon, Amar pernah muncul sebagai model untuk iklan komersial Yamaha Ego pada tahun 2003. Rupa serta bakat menjadi titik tolak baginya dalam mencari rezeki dalam dunia seni.

Ikuti kisah menarik mengenai kisah pelakon ini.

1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Ingin menyusun jadual kerja yang sangat padat supaya boleh merancang percutian.

2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Nabi Muhammad SAW

3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Ketinggian sebab saya gayat.

4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Senang bergaul

5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Hipokrit

6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Dikapankan dan ditanam di dalam tanah kubur hidup-hidup.

7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Tidak.

8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Mungkin.

9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Pelakon yang boleh membawakan semua watak dengan baik.

10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?: Belajar dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan televisyen dan lakonan.

11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Terpilih menyertai program Anak Wayang.

12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Apabila semua tugas yang diberi tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Pelakon.

14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Apabila mereka ada ketika dalam kesusahan.

15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Ahmad Dhani.

16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Keluang Man.

17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Dikenang dengan kejayaan dan disiplin yang tinggi.

18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Kalau cuba 50-50, kalau tidak cuba tidak akan dapat langsung. Jadi cuba semua benda.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel