APA CER!

Rusdi Ramli Mahu Dikenang Sebagai Manusia Berguna

Rusdi Ramli.

PELAKON Rusdi Ramli mengakui peranan yang dipegang dalam filem Tanda Putra sebagai Tun Abdul Razak adalah satu tanggungjawab cukup berat buat dirinya.

Rusdi yang terkenal dengan kredibiliti membawa pelbagai watak bagaimanapun bersyukur diberi peluang oleh pengarah dan penerbitnya Datin Paduka Suhaimi Baba.

"Bukan mudah untuk membawakan watak seorang tokoh namun peluang dan tanggungjawab diberikan oleh penerbit dan pengarah perlu digalas dengan baik," ujarnya semasa pelancaran filem berkenaan baru-baru ini.

Sudah berlakon beratus drama dan filem, Rusdi masih menganggap dirinya kecil dan belum mencapai apa-apa kejayaan sebaliknya memberitahu perlu meningkatkan lagi mutu lakonan di masa akan datang.

"Berlakon adalah kerja yang sangat saya sukai namun banyak perkara perlu diperbaiki," katanya.

Ikuti kisah menarik mengenai anak kepada pelakon terkenal, Norlia Ghani ini:

1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Kerja dan anak.

2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdul Razak dan Tan Sri P. Ramlee.

3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Rahsia.

4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Tak perasan pula.

5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Tidak memberikan komitmen kepada kerja dan suka menipu.

6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Belum ada lagi.

7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Tiada.

8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Tidak pasti. Kalau ada saya minta maaf.

9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Bakat yang ada pada Tan Sri P.Ramlee.

10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?: Saya bersyukur dengan apa yang ada.

11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Biasa-biasa sahaja.

12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Bila kerja saya tidak diterima.

13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Kerja yang saya lakukan sekarang.

14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Jujur.

15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Tiada.

16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: SPiderman.

17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Dikenang sebagai seorang manusia yang berguna.

18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Jujur dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan. Jangan menyusahkan orang lain.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel