HIBURAN

Berkat pulut kuning, Nasha akan kahwin

PETALING JAYA: Pelakon manja dan seksi Nasha Aziz sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu yang terdekat ini. Perkhabaran ini telah diberitahu oleh orang yang paling hampir dengan Nasha.

"Kalau ada jodoh Nasha nak terus kahwin" - Nasha Aziz

Mungkin berita ini ada kaitan dengan keberkatan pulut kuning yang Nasha sibuk pelawa artis-artis dan kenalannya pada hari perbukaan Festival Filem Asia Pacific (FFAP 50) di Istana Budaya tempoh hari.

Nasha beriya-iya mempelawa rakan-rakannya yang masih bujang seperti pelakon Radhi Khalid dan Mazin Siraj untuk menjamah pulut kuning yang dibuat khas untuk dijamu kepada hadirin yang datang untuk hari pembukaan FFAP 50 itu

Usikan Nasha terus dijawab oleh Habsah Hassan sambil diperhati oleh produser filem David Teo, Nancie Foo dan Wendy Wong.

"Yang awak tu bila lagi?," ujar Habsah atau lebih mesra dipanggil Kak Chah.
"Ala...tak tahu lagi. Kalau jadi, Insya Allah Nasha jemput," ujar Nasha sambil tersenyum manis.

Tidak ada siapa dapat menyelami hati gadis berusia 35 tahun. Segala gerak lakunya menjadi teka-teki.

Tetapi sebelum berlalu, Nasha yang terkenal dengan telatah manja dan keanak-anakkannya, sempat membisik ditelinga,
"Kak, Nasya tak suka bertunang, kalau ada jodoh Nasha nak terus kahwin."

Mungkin berkat pulut kuning yang Nasha pelawa, tiba-tiba dengar cerita Nasha akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Pilihan hati Nasha adalah seorang jurukamera, berkumis tebal, kulit hitam manis dan agak pendiam orangnya.

Nasha memang perahsia orangnya. Hanya orang-orang yang rapat saja yang tahu rahsia hati Nasha. Ketika diminta komen tentang spekulasi yang terbaru ini, Nasha yang baru sahaja kembali ke tanah air selepas menunaikan Umrah sembilan hari, enggan memberi sebarang komen.

"Tak bestlah...kita cerita lain jelah....," jawab Nasha, pelakon jelita dan anggun ini.

Selepas dipujuk, barulah Nasha bercerita. "Sebenarnya, kita dah berkawan tiga tahun. Dah kenal hati budi masing-masing. Walaupun dia lebih muda dari Nasha tapi dia bertanggung jawab. Nasha suka lelaki yang ada pendirian, jujur dan suka berterus terang. Perangai dia mesti macam perangai Nasha, barulah boleh klik," ujar Nasha yang akan menyambut kedatangan Hari Raya ini bersama-sama keluarga tersayang di Kuala Lumpur. 

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel