HIBURAN

'Duit raya' artis makin besar

Industri hiburan negara ini nampaknya semakin gah, walaupun cetak rompak makin berleluasa, artis-artis kita nampaknya tidak kehilangan terus punca pendapatan mereka.

Siti...khabarnya satu endorsement untuknya cecah jutaan ringgit (The Star)

Hilangnya 'royalty' dari penjualan album atau VCD, artis kini boleh jadi duta-duta barangan syarikat-syarikat tertentu. Kerjaya ini bagaikan penghubung nyawa artis-artis ini dan sebahagian dari mereka telahpun menjadi 'jutawan segera' dari aktiviti ini.

Tidak lama dulu seorang artis boleh memperolehi dari RM10 ribu hingga RM30 ribu untuk sebuah endorsement. Kini bayaran seperti ini mampu meningkat sehingga lebih enam angka! Bayangkan kalau empat atau lima endorsement yang mereka terima.

Menurut sumber industri, seorang artis popular boleh menerima bayaran sehingga berjuta-juta ringgit. Kami difahamkan juga Siti Nurhaliza adalah artis yang boleh menarik bayaran endorsement paling tinggi.

Lihat sajalah Siti Nurhaliza yang telah menjadi duta Maxis Hotlink.

Mawi...gelaran artis baru tidak halangnya diendors (The Star)

Kami di fahamkan bayaran endorsement Siti untuk produk itu adalah yang paling tinggi pernah diterima oleh artis tempatan dan mencecah jutaan ringgit. Ini tidak lagi termasuk barangan-barangan lain yang turut diendors oleh Siti.

Mawi pula, walaupun masih terlalu mentah di dalam bidang seni, namun dengan popularitinya, Mawi turut menjadi rebutan banyak syarikat untuk endorsement. Canon dan EON adalah antara syarikat besar yang melaburkan wang mereka pada Mawi.

Mungkin apa yang Mawi terima tidak selumayan Siti, namun bayaran yang di terima tetap tinggi untuk artis baru. Kami difahamkan, bayaran sehingga RM150,000 untuk sebuah endorsement adalah tidak keterlaluan.

Sheila...masih jadi perhatian endorsement (The Star)

Amat sukar untuk bertanya pada artis atau pembantu mereka tentang jumlah sebenar yang mereka perolehi. Kem Mawi dan Siti nampaknya lebih suka merahsiakan pendapatan artis-artisnya. Berbanding dengan artis di Hollywood, di mana pendapatan mereka di ketahui umum.

Apapun, endorsement ini sememangnya tidak mengira status artis itu. Artis baru ataupun lama, jika nama mereka masih disebut dibibir masyarakat, peluang untuk di endors adalah besar.

Sheila Majid dan Ella sebagai contoh, walaupun sudah menjadi 'senior' di dalam industri ini, mereka masih diberi perhatian oleh banyak syarikat. Sheila Majid sehingga sekarang masih menjadi duta Ogawa dan Samsung.

Sememangnya sudah terlalu ramai artis sekarang ini yang turut di

Nicol...turut diendorse Perodua (The Star)

endors, antara lain adalah Farah dan Zahid AF2 untuk minuman Power Roots, Anita Sarawak untuk minuman Orang Kampung, Erra Fazira untuk produk Avon, dua beradik Syarifah Aleya dan Amani turut disambar produk kecantikan Silky Girl, pelakon baru Nora Danish juga menjadi duta baru produk Maybelline.

Amy Mastura dan Ziana Zain juga sekarang adalah duta bagi SlimWorld - sebuah pusat pelangsingan badan, Waheeda untuk syampu Pantene, Siti Sarah untuk kasut Bata, dan terbaru pelakon popular Rosyam Noor menjadi duta bagi biskut Julie.

Selain artis, atlet juga turut merasai "bahang" kesungguhan syarikat untuk menggunakan mereka sebagain duta. Sumber industri mengatakan bahwa endorsement cara ini belum begitu berleluasa di Malaysia.

Akan tetapi ianya masih boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka. Salah seorang dari mereka ialah Nicol David yang di taja oleh Perodua. Beberapa pemain badminton negara juga pernah menjadi duta produk tertentu.

Hari ini, memang amat sukar jika seseorang artis itu untuk hanya bergantung kepada jualan album, mahupun filem-filem lakonan mereka. Sudahlah dibebani masalah cetak rompak, ini tidak lagi termasuk penyanyi-penyanyi yang sukar albumnya dijual, sudah tentu kerjaya mereka di dalam bidang seni tidak ke mana.

Walaubagaimanapun ramai artis yang senang mendapat imbuhan tambahan dari "endorsement," tidak semua mereka boleh mengaut untung. Imej juga perlu dijaga kerana satu peristiwa negatif akan menyebabkan "endorsement" itu di tarik balik.  

Bagi atlet dan artis sememangnya jangkamasa  kerjaya mereka singkat . Oleh itu pendapatan dari endorsement ini amat besar ertinya kepada masa depan mereka.

 

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel