|
|
HIBURAN
Jumaat Disember 30, 2005
Peterpan, Rock Bangat!
Bermula sebagai sebuah band yang kecil dari Bandung. Peterpan telah menjual sebanyak 3 juta unit albumnya di Indonesia dan hampir 200,000 unit di Malaysia. Gempak bangat! Walaupun kelihatan agak kepenatan kerana baru saja tiba, Ariel selaku ketua kumpulan Peterpan tetap menjawab soalan yang diutarakan dengan sekali sekala disampuk oleh anggota lainnya Lukman, Uki, Andika, Reza dan Indra dalam sesi temuramah bersama wartawan. Gosip-gosip liar yang memburu mereka sepanjang berkonsert di seluruh Indonesia pula antara pendorong mereka bertandang ke sini untuk menjayakan konsert kedua mereka di Malaysia, Peterpan Live in Kuala Lumpur di Stadium Merdeka tanggal 1 Januari 2006 nanti. Penganjur konsert, Tiga Events menjangkakan lebih 30,000 orang akan memenuhi ruang Stadium Merdeka untuk menikmati 17 buah lagu yang akan dibawakan Peterpan, pilihan dari album pertama mereka Taman Surga hinggalah dari album soundtrack terbaru untuk filem Alexandria. mStar Online telah berkesempatan menghadiri sidang akhbar mereka dalam mempromosikan konsert tersebut. Apakah nasihat Peterpan untuk band Malaysia ke Indonesia? "Kami bukan pakar kasi nasihat tapi bagaimana ya, tapi kami boleh kongsi bersama pengalaman sahaja. Band di Indonesia adopt muzik dari luar,dan kita haruslah berani experimen.Jangan takut untuk meniru serta gabung bersama budaya sendiri. Usah takut dengan kata-kata orang.Dulunya kami memainkan muzik daripada kumpulan barat seperti Vertical horizon, Coldplay, Creed dan Smashing Pumpkins.Apabila kami memulakan rakaman untuk album kami, semuanya berada di dalam kepala kami, kami gunakan. Itulah pengalaman kami. Kita harus berani experimen dan adopt. Mudah-mudahan ianya akan berjaya." |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
(The Star)
Siapakah band/artis kesukaan Peterpan?
"The Times, Gerhana Ska Cinta, Two Phat. Namun kami kurang tahu mengenai kumpulan baru di Malaysia. Tetapi kami amat meminati Search, iaitu band lama dari Malaysia. Oh yeah, kami suka Siti Nurhaliza!"
Ceritakan serba-sedikit mengenai konsert 90 minit Peterpan?
"Kami akan mainkan sekitar 17 buah lagu, kalau boleh non-stop ataupuun ada stagnation sedikit ya. Ada beberapa suprises. Tapi bukan yang nakal. Kemungkinan kami akan mengadakan participation di antara peminat dengan kami. Kami mungkin akan mengambil beberapa orang ke atas pentas nanti. Bisa berjalan namun rahsia. Sudah pastinya, 17 lagu bakal dimainkan dalam konsert itu."
3/4 tiket telahpun dijual. Bagaimankan 1/4 lagi?
"Pasti akan menyesal ya jika mereka tidak memenuhi 1/4 kapasiti itu! Terdapat banyak suprises di konsert kami!"
Peterpan merupakan band yang berkerja kuat. Apakah motivasi kamu?
"Kami telah melaukan konsert di enam buah kota di Indonesia dalam masa sehari. Itu merupakan sesuatu yang dianggap sebagai record breaking! Pada masa itu, kami melalui latihan kesihatan serta memakan makanan yang berkhasiat. Selain daripada itu, semangat kami berkobar-kobar untuk melakukannya."
"Tapi kami pasti tidak dapat melakukannya lagi!"
Tidakkah Peterpan berasa jemu bersama-sama setiap hari?
"Rahsianya, jangan kongsi bilik bersama-sama!"
Apakah perasaan Peterpan mengadakan konsert sebesar ini?
"Rasa beban ada juga. Kami pernah mengadakan konsert indoors, tetapi ini pula di Stadium Merdeka. Mesti bisa cuba, itu yang pasti"
Mungkinkah sebab Peterpan melakukannya kerana 'ongkosnya' amat lumayan?
"Tidak juga. Mungkin bayaran agak besar tapi itu merupakan standard bayaran untuk persembahan pada tahun baru iaitu bayarannya dua kali ganda daripada konsert pada hari-hari biasa. Standard di Indonesia dengan Malaysia sama juga."
Peterpan tidak menerima tawaran untuk membuat persembahan tahun baru di Indonesia?
"Kira di Malaysia amat tenang. Pada tahun 2005, kami hampir mengeliling satu Indonesia. Jadi kami bosan.Lantas kami menerima tawaran dari Malaysia untuk membuat persembahan. Lagipun kami mahu lari daripada masalah dan gossip di Indonesia"
"Tambahan pula, Indra sekarang sedang honeymoon di Malaysia! "
Maknanya, Peterpan tidak tahan dengan media di Indonesia?
"Kami bosan kerana satu tahun yang dulu kami memang di bawah perhatian media. Faktor utama yang sering kali menjadi fokus merupakan masalah peribadi bukannya masalah band. Kami bosan dikejar untuk berita peribadi.
Sekarang pun masih ada media yang mengejar kami. Tetapi kami hanya tutup mulut untuk melindungi orang tersayang.
Bersabar itu merupakan cara yang terbaik untuk kami menghadapi situasi ini. Mereka ada bilang, risiko menjadi seorang pemuzik adalah public mempunyai hak untuk mengetahui hal-hal peribadinya. Tetapi kami juga ada hak untuk privacy."
Mungkin album solo untuk Ariel?
"Saya tidak mampu. Lagipun kami sudah lama mengenali sesama diri sejak dari kecil lagi. Susah senang, kami bersama."
Untuk Uki, siapakah pemain guitar idola kamu?
"Noel Gallagher. Walaupun dia bukan pemain guitar yang baik, namun saya amat mengagumi kreativitinya dalam membikin lagu serta olahan muziknya."
Uki memang seorang pemalu ya?
"Hanya di depan public. Tetapi, sebaliknya tidak!"
Adakah Peterpan tidak bosan membuat album berturut-turut dan tidak mahu berehat?
"Kami terlalu banyak bikin album dan sering kali ingin membuat pencapaian baru. Jadi kami mahu berehat pada tahun hadapan. Dan kami akan mengeluarkan album pada 2007 nanti."
Bagaimanakah Peterpan mahu mengekalkan populariti daripada malap ditenggelami band yang lain?
"Kami mahu terus berkarya dengan hasil yang bagus secara konsisten. Kami juga akan sentiasa fokus dan bisa bikin lagi bagus"
Azam tahun baru Peterpan
"Pada tahun 2006, kami mahu berehat dan honeymoon. Kami telah berkerja sejak 2002 dan langsung tidak berehat. Tapi kami akan bikin album ketiga pada 2007 "
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan konsert Peterpan di Stadium Merdeka pada 1 Januari 2006 ini.
Sudah semestinya rock bangat!