HIBURAN

Ramlah, Aishah, Nora ungguli Etnik Kreatif

SHAH ALAM: Tiga penyanyi tersohor tanahair, Aishah, Ramlah Ram dan Nora terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) menerusi lagu-lagu nyanyian mereka bagi kategori Etnik Kreatif, pada pertandingan peringkat separuh akhir kategori tersebut yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini malam tadi.

Tiga buah lagu tersebut adalah Samudera, dendangan Nora ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya, Kasihnya Balkis nyanyian Aishah ciptaan oleh Adnan Abu Hassan serta lirik oleh Moharis Yaakup, dan Dirgahayu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Hairul Anuar Haron yang dipersembahkan oleh Ramlah Ram.

Lagu lain turut dipertandingkan pada malam tadi ialah Joget Cinta Sakti nyanyian Rosma dan Haziq, Nazam Asmara (Nas Adila), Seteguh Cinta (Waheeda), Lagu Penglipurlara (Farawahida), Suryakanta (Zehra Zambri), Joget Gadis Melayu (Syura) dan Istimewa Tiada Dua (Nice dan Hazami).

Kesemua lagu tersebut telah diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil Johary Johar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3Azhar Borhan.

Tahun ini menyaksikan pemilihan hanya tiga buah lagu dari kategori ini ke AJL22 berbanding empat pada tahun sebelumnya berikutan jumlah pencalonan lagu yang amat rendah di dalam kategori ini.

Manakala untuk separuh akhir kategori Balada dan Pop Rock yang akan diadakan pada minggu seterusnya, lima buah lagu bagi kategori masing-masing akan dipilih ke final.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel