|
|
HIBURAN
Jumaat November 02, 2007
Zahid terima kalau jodoh dengan Nita
KISAH penyanyi Nita Malaysian Idol 2 menafikan perhubungan cintanya dengan penyanyi Zahid Akademi Fantasia 2 pernah dilaporkan sebelum ini. Bagaimana pula reaksi Zahid mengenai gosip yang sedang bertiup seperti angin sepoi-sepoi bahasa ini?.
"Zahid dengan Nita kawan biasa sahaja. Kami jarang bertemu dan rasanya dah lama Zahid tak jumpa dia. "Sebelum bulan puasa kami jumpa pun hanya lepak minum bersama kawan-kawan lain. Kami tak pernah keluar berdua-duaan. "Zahid kenal dia macam-macam tu je. Yang Zahid tahu dia ni mempunyai pemikiran yang bagus. Senang nak borak dan bercerita pasal kerja dengannya," jelas Zahid yang gemar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain futsal di Wangsa Maju. Jika bukan Nita, siapa yang sedang bertakhta dihati Zahid sekarang? "Zahid belum jumpa sesiapa lagi. Nak cari isteri bukan mudah. Kalau boleh Zahid nak yang boleh teman Zahid sampai bila-bila dan boleh terima kerja Zahid sekarang," kata pemuda berusia 27 tahun ini. Namun, Zahid tidak menolak sekiranya mendapat jodoh dengan Nita. "Mana tahu jodoh Zahid dengan dia. Zahid tak kisah dengan sesiapa pun asalkan kami saling memahami," ujar Zahid yang sesekali tertawa apabila menyebut tentang Nita. Menyentuh tentang karier Zahid, kini beliau muncul dengan single terbaru bertajuk "Baru" berkonsepkan rock. "Zahid sedang menunggu album kedua yang mungkin dipasarkan pada tahun depan
"Lagu "Baru" ini lebih rancak dan ada sedikit rock dihasilkan lagunya oleh Audi Mok manakala liriknya oleh Ad Samad," ulas Zahid yang sedang sibuk dengan pengambaran filem "Aduh Saliha" bermula September lalu. Memegang watak X, Zahid berasa seronok dapat berlakon buat pertama kalinya disamping penyanyi Mawi AF3, model Sarah, Felix AF3, pelakon Nasir Bilal Khan dan ramai lagi. "Dalam filem ini, Zahid merupakan kawan baik Mawi, Radhi OAG dan Felix. Kami berempat mempunyai satu band muzik. "Susah juga nak lakonkan watak X kerana dia berlainan daripada karektor Zahid yang sebenar. Dalam filem ni, Zahid perlu menjadi seorang yang cool. "Contohnya dalam babak sesat di hutan, sepatutnya kita mesti rasa cemas dan takut tetapi X ni tak tunjuk yang dia takut ketika itu," terang Zahid yang tercedera akibat terjatuh semasa pengambaran di Tambunan, Sabah. Walaupun tercedera, Zahid masih dapat meneruskan penggambaran seperti biasa. Zahid yang semakin seronok berlakon kini menanti tawaran seterusnya.... |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||||||