HIBURAN

Intan Sarafina, Siti Sarah antara Top 20 OIAM

SETELAH menanti dengan penuh debaran, rancangan One In a Million akhirnya menyenaraikan finalis-finalis yang berjaya ke peringkat Top 20!

Peserta-peserta bertuah yang telah berjaya menambat hati para juri One In a Million iaitu Paul Moss dan Syafinaz dengan pesembahan terbaik mereka sehingga berjaya tersenarai dalam ‘Top 20’ terdiri dari pelajar kolej hinggalah ke artis popular.

Siti Sarah mara ke Top 20

Senarai peserta-peserta Top 20 ini dibarisi oleh sembilan peserta yang berasal dari Kuala Lumpur, empat dari Johor Bahru, dua dari Perak, empat dari Sabah dan seorang peserta dari Kedah telah terpilih.

"Para juri menghadapi kesukaran dalam pemilihan Top 20 oleh kerana prestasi dan bakat yang ditonjolkan oleh setiap peserta sangat luar biasa.

"Hanya jauhari yang mengenal manikam. Oleh itu dalam mencari bintang nyanyian yang benar-benar berkualiti, kepakaran para juri adalah penting dan kami pasti para penonton di rumah semestinya tidak mahu terlepas menonton walau satu episod detik pemilihan yang genting itu.

"Tambahan pula, kehadiran para artis yang turut serta dalam pertandingan ini telah menghangatkan lagi dan memberi saingan yang lebih sengit kepada para peserta lain,"  ujar Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.  

Penyertaan daripada artis ternama dalam pertandingan ini juga sedikit sebanyak telah memberi lebih tekanan kepada para peserta lain.

Beberapa penyanyi tempatan berjaya mara ke peringkat Top 20, mereka tidak lain dan tidak bukan ialah Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya (26) dan Nur Shahila Amir Hamzah (18) yang sudah mempunyai bertahun-tahun pengalaman mengadakan persembahan di samping Siti Sarah Raissuddin (23) yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam majlis-majlis anugerah muzik tanah air.

Lebih memeranjatkan lagi apabila bekas peserta akhir Bintang RTM, Nor Azrinna Azahar (24) dan bekas peserta rancangan realiti TV3 – Mentor 1 iaitu Syed Alfrizal Bin Syed Alwi (19) juga turut serta bertanding dalam menebus kekalahan mereka dalam pertandingan yang pernah mereka sertai.

Berita baik buat para peserta lain ialah apabila status tidak memberi kelebihan untuk mereka bertanding dalam pertandingan berprestij ini. 15 orang peserta lagi terdiri daripada 12 peserta lelaki dan 3 peserta wanita.

Peserta lelaki yang dimaksudkan ialah Shone Eric Jr. Majimbun (27), Mark Glen Malim B. Lorin (23), Gedion B. Hilarius (26), Khairullah Ezuan B. Sulaini (25), Simon Christopher A/L Michael Leo (24), Joni Tham Chi Won (22), Shahron B. Hussein (28), Tang Chee Mun (28), Abraham Edwin Dungot (24), Mohd Azmira Bin Mohamad Arih

Intan Sarafina juga layak ke peringkat Top 20 OIAM

(25), Mior Ahmad Zulkifli Mior Hashim (20) dan Joel Benedict Wong Hou Ming (22).

Manakala tiga peserta perempuan yang dimaksudkan ialah Norayu Bamit (18), Noor Liyana Bt. Ismail (23) dan Tunku Tiara Yasmin Sofia (20). Peserta Top 20 ini akan bertanding bagi merebut tempat yang selesa di Top 12 kelak Pertandingan realiti TV yang mendapat sambutan hangat ini kembali untuk musim kedua menawarkan hadiah wang tunai RM1,000,000 untuk juara barunya.

Selain hadiah lumayan wang tunai bernilai RM 1,000,000, One In A million merupakan sebuah rancangan realiti TV yang memberi peluang kepada penonton bukan sahaja untuk mengundi masuk peserta kegemaran mereka tetapi juga untuk mengundi keluar peserta yang mereka inginkan.

Personaliti TV dan pelakon terkenal Awal Ashaari bersama Marion Caunter sekali lagi diberi tugasan bersama sebagai perantara antara peserta dan penonton di rumah untuk musim kedua One In A Million ini.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk meyaksikan rancangan One In A Million pada setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam dan siaran ulangan pada setiap hari Rabu, jam 10 pagi hanya di 8TV atau secara alternatif di Astro melalui saluran 708.

Untuk keterangan lanjut dan maklumat-maklumat terkini, sila layari www.8tv.com.my/oiam

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel