|
|
HIBURAN
Rabu Disember 05, 2007
Suki artis tidak berdisiplin?
GELARAN juara bagi program realiti One In A Million (OIAM) yang dinobatkan kepadanya pada September tahun lalu adalah sesuatu yang cukup bermakna buat Low Sook Wee atau lebih dikenali dengan panggilan Suki. Bukan hanya gelaran tersebut, malah Suki juga menerima RM1 juta atas kemenangan tersebut untuk dilaburkan dalam pembikinan albumnya sekaligus bagi merealisasikan impian gadis berusia 18 tahun ini sebagai penyanyi. Setahun sudah berlalu, namun album sulung artis yang bernaung di bawah label Monkey Bone milik 'bos' 8TV, Ahmad Izham Omar ini masih lagi tidak kelihatan, sedangkan naib juara OAIM, Faizal Tahir sudah pun melahirkan album pertamanya baru-baru ini.
"Sebenarnya album saya masih lagi dalam proses pembikinan dan dijangka siap pertengahan bulan ini. Saya akui ia mengambil masa yang agak lama kerana album ini melibatkan ramai komposer dan setiap komposer ingin memberikan sesuatu yang berbeza. "Memang ramai yang cakap bila album lambat keluar peminat saya akan semakin berkurangan dan sebagainya. Tetapi, itu bukan masalah besar buat saya. "Saya tidak nafikan, bila OIAM musim kedua mula muncul baru-baru ini, saya agak takut kerana saya masih belum keluar dengan sebarang album. Sedangkan bila lihat yang sertai OIAM kali ini ada juga artis-artis hebat seperti Siti Sarah dan ini lagi membuatkan saya gentar. "Tetapi, bila saya fikirkan semula, saya tidak sepatutnya rasa begitu. Akhirnya saya lihat semua ini dalam aspek positif dan saya terfikir lebih baik untuk muncul sebagai Suki yang lebih 'fresh'. "Juara OIAM yang saya dapat itu hanya gelaran saja. Satu hari nanti orang akan lupa juga," jelas Suki yang ditemui pada majlis sidang media konsert 8TV, semalam. Album sulungnya itu akan menampilkan lagu-lagu di dalam bahasa Melayu dan Inggeris termasuklah sebuah lagu dendangan Stefanie Sun, Against the Light yang dinyanyikan semula oleh Suki dalam bahasa Melayu berjudul Ku Teruskan. Berkonsepkan pop rock, album itu menampilkan komposer-komposer seperti Audi Mok dan KRU. "Saya ada perdengarkan lagu dalam album ini kepada beberapa kenalan dan rata-rata mereka cakap lagu tersebut tidak kedengaran seperti 'Suki' langsung. "Saya rasa ini satu petanda yang baik kerana memang saya kalau boleh tidak mahu lagi dibayangi oleh Suki di dalam OIAM. "Ketika ini juga, sebuah lagu saya, Never Say sudah pun diputarkan di beberapa buah stesen radio. Ia bukan single tetapi saya anggap lagu tersebut hanya sebagai appetizer sahaja supaya pendengar boleh tahu serba sedikit konsep Suki yang baru ," tutur gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini. Ditanya pendapatnya tentang karier seni Faizal yang lebih dilihat berkembang maju, kata Suki, dia tidak kisah dengan tanggapan sekeliling yang merasakan Faizal lebih berjaya berbanding dirinya. "Saya tidak nafikan bakat Faizal. Dia memang hebat dan juga lebih berpengalaman berbanding saya. Saya tidak kisah jika orang cakap dia lebih bagus daripada saya. "Semua ini sebenarnya bergantung kepada nasib masing-masing juga. Apa yang penting, saya tetap akan
Baru setahun jagung di dalam industri ini, nama Suki juga nampaknya tidak terlepas dikaitkan sebagai antara artis yang bermasalah. Entah di mana silapnya, ketika baru ingin mula mencipta nama, Suki pernah dilabelkan sebagai artis yang tidak berdisiplin. "Saya akui, sebagai artis baru adakalanya saya tidak sedar ada perkara yang sebenarnya sensitif. Sebagai remaja, kadang-kadang kita tidak fikir terlebih dahulu perkara yang kita ingin cakapkan. "Saya akui, dulu saya mungkin tidak berhati-hati ketika bercakap dan sebagainya tetapi saya sekarang sedang belajar untuk perbaiki kelemahan diri. "Saya masih di dalam proses pembelajaran dan saya harap peminat serta media dapat berikan saya masa untuk belajar menjadi artis yang lebih baik," katanya. Ujar Suki lagi, perkara seperti itu bagaimanapun tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus bertahan di dalam industri ini. "Kadang-kadang saya rasa agak rimas bila orang bercakap sebagai artis saya perlu buat seperti ini..itu.. Cukup tertekan sebenarnya sebab saya tidak pernah jangka menjadi seorang artis adalah cukup mencabar. "Tetapi saya tidak pernah menyesal. Saya berbangga dapat peluang menjadi artis kerana itu adalah impian saya sejak kecil. "Harapan saya, dengan usia saya yang masih muda, peminat semua dapat berikan saya lebih peluang untuk perbaiki diri. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari," jelas Suki.
|
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||||||