HIBURAN

Jue-Jehan tengok teater sambut Hari Kekasih

Setiap kali tibanya tanggal 14 Februari, kebanyakan individu terutamanya pasangan kekasih pasti tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Kekasih ini.

Walaupun ada yang menganggap kasih sayang tidak seharusnya hanya ditunjukkan pada hari tersebut, tetapi bagi sesetengah mereka, Hari Kekasih diraikan hanya sekadar untuk memeriahkan lagi sambutan itu.

Itulah juga yang turut dirasakan oleh pelakon Fauzi Nawawi yang menganggap Hari Kekasih adalah hari 'istimewa' untuk membuat sedikit 'kelainan' sepanjang mengenali pasangan masing-masing.  

"Jika kita ikhlas di dalam sesebuah perhubungan, kita akan mencurahkan kasih sayang pada pasangan kita setiap hari, tidak perlu tunggu 14 Februari. Saya sendiri tidak pernah menyambut Hari Kekasih.

Pasangan Fauzi-Lis meraikan Hari Valentine di atas kapal. 

"Cuma, kali ini saya rasa ingin buat surprise sikit untuk si 'dia', saja suka-suka," ujar tunang kepada pelakon Lisdawati ini.

Menurut Fauzi, memandangkan dia dan Lis ketika ini berada di Johor Bahru untuk penggambaran drama bersiri Dewi Cinta di mana mereka berdua turut berlakon, terlintas difikirannya untuk membawa Lis makan malam di atas kapal di Danga Bay.

"Saya tidak merancang pun sebenarnya, baru saja terfikir tadi. Sekali-sekala buat macam ni, tidak salah kan.

"Mungkin dia akan terkejut sebab sebelum ini memang kami tidak pernah sambut Hari Kekasih. Saya juga akan berikan dia sebentuk cincin nanti," kata pelakon berusia 33 tahun ini lagi.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober lepas setelah lebih setahun berkenalan.

Ujar Fauzi lagi, mereka akan melangsungkan perkahwinan di dalam tahun ini juga, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.

Lis tunggu 'kejutan' daripada Fauzi

Jika Fauzi sudah mempunyai perancangan istimewa sempena Hari Kekasih, Lis pula langsung tidak memikirkan tentang perkara itu.

"Saya tidak terlalu taksub pada perkara seperti ini. Jika orang lain mungkin akan bagi hadiah pada pasangan mereka, tapi terus-terang saya katakan saya tidak langsung terfikir nak bagi sesuatu pada Fauzi.

"Saya rasa kasih sayang yang saya curahkan pada dia selama ini adalah hadiah terbaik yang mampu saya berikan untuk Fauzi. Saya lebih fikirkan apa yang saya nak buat sempena hari lahir dia 7 Mac ini," kata pelakon berusia 27 tahun ini.

Namun, menurut Lis, jika ada kelapangan dia tidak kisah untuk meraikan hari tersebut bersama tunangnya itu.

"Kena tengoklah juga pada jadual penggambaran kami. Jika dua-dua sibuk, tak apalah. Selama ini pun saya sudah cukup gembira dengan hubungan kami. Yang penting, tidak kisahlah Hari Kekasih atau tidak, kita kena belajar memahami hati pasangan kita setiap hari.

"Tetapi, saya tidak pastilah pula jika Fauzi sendiri ada plan untuk Hari Kekasih ini. Saya tunggu sajalah mana tahu dia nak buat 'kejutan' pula," kata Lis dalam nada ceria.

Jehan bawa Jue tonton teater pada Hari Kekasih

Jika Fauzi mempunyai cara tersendiri untuk meraikan pasangannya pada Hari Kekasih ini, aktor Jehan Miskin juga mempunyai perancangan khas untuk buah hatinya, Jue Aziz.

Walaupun mungkin dianggap seperti keluar 'dating' biasa, Jehan merasakan 'hadiah' istimewa yang akan dilakukannya untuk Jue ialah dengan membawa kekasihnya itu menonton teater Inggeris Never Ever Presume di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac).

"Kami bukan beriya-iya sangat nak sambut Hari Kekasih ini. Saya rasa, setiap hari memang kami berdua sudah cukup romantik. Hampir setiap minggu sebenarnya saya pasti akan hadiahkan bunga lily untuk dia sebab dia amat sukakan bau bunga tu.

"Memandangkan kami memang free, jadi saya ajak dia tonton teater tersebut. Dan sudah tentu saya ada

Pasangan Jue-Jehan menyambut Hari Kekasih dengan cara mereka sendiri.

surprise juga untuk dia, tapi tak perlulah saya dedahkan tentang hal itu. Jue pun bukan jenis yang meminta-minta," ujar Jehan.

Katanya lagi, walaupun hubungan mereka belum pun mencecah usia setahun, dia sudah dapat merasakan keserasian diantara mereka.

Justeru, ujar Jehan, dia tidak perlu menunggu Hari Kekasih hanya untuk menunjukkan perasaan sayang terhadap pasangannya.

"Setiap hari adalah Hari Kekasih buat kami. Saya akui, saya amat bahagia berada di samping Jue. Itu lebih bermakna daripada meraikan Hari Kekasih secara berlebih-lebih," kata Jehan.

Jue suka buat 'kejutan' spontan untuk Jehan

Bagi pelakon baru ini pula, walaupun dia dan Jehan tidak merancang untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi dia dapat merasakan Jehan tetap akan melakukan surprise untuk dirinya.

"Jehan ni memang 'mamat jiwang' dan suka buat surprise. Kelmarin, dia hadiahkan saya rantai emas putih. Bila saya tanya kenapa bagi saya rantai tu, dia cuma jawab sebab tiba-tiba dia terasa ingin hadiahkan pada saya.

"Dia memang seorang yang spontan. Mungkin banyak terikut-ikut dengan cara saya, sebab saya juga memang sering lakukan sesuatu yang tidak dijangka oleh dia.

"Mungkin saya juga akan hadiahkan sesuatu sempena Hari Kekasih ini, tetapi seperti yang saya katakan tadi saya juga suka buat sesuatu secara spontan 

"Kami bahagia dengan cara seperti ini, sebab itulah kehadiran Hari Kekasih tidak begitu kami rasai sebab setiap hari kami sudah cukup bahagia," kata Jue yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Manjalara yang turut menyaksikan gandingannya bersama Jehan.

Namun menurut pelakon berusia 23 tahun ini, walaupun sudah mula mengenali hati budi masing-masing, dia dan Jehan masih belum memikirkan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini.

Bagi Jue, tidak perlu terburu-buru untuk berbuat demikian kerana takut segala apa yang diimpikan oleh mereka tidak kesampaian.

"Semua pun dah tahu hubungan saya yang terdahulu tidak berjaya. Saya tidak mahu benda itu berulang Jadi biarlah saya dan Jehan dengan cara seperti ini. Jika jodoh kami kuat, pasti kami akan terus bersama juga," ujar Jue.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel