HIBURAN

Camelia anggun bagaikan Dewi Greek


Camelia kelihatan anggun sekali dengan gaun dari Temperly from Tribeca KLCC
(Foto The Star Oleh Azhar Mahfof)

Berpakaian anggun dan rapi sudah menjadi trademark penyanyi Dayang Nur Camelia Abang Khalid. Di mana saja dia berada dan dalam keadaan apa jua, Camelia akan senantiasa tampil anggun and mempesona.

Tidak hairanlah penampilan Camelia dengan busana krim ala Greek Godess (Dewi Greek) telah melayakkan penyanyi kelahiran Sarawak ini dianugerahkan Best Dressed Celebrity di Breakfast With The Stars 2007 sempena tayangan anugerah Oscars di Hotel JW Marriott baru-baru ini.

"Saya memang tak percaya apabila mereka mengumumkan nama saya sebagai Best Dressed Celebrity pada hari ini.

"Ketika mereka menyenarai pendekkan nama saya, saya rasa agak terkejut," ujar penyanyi yang menghadiri gala tersebut buat pertama kalinya.

Camelia berjaya mengalahkan nama-nama seperti Erra Fazira yang mengenakan gaun biru/hitam rekaan Calvin Thoo dan Marsha AF yang menggunakan gaun hitam putih tajaan BCBG Max Azria.

Dengan dandanan sanggul yang sesuai, aksesori yang minima, penampilan Camelia cukup menyerlah, tambahan dengan gaun yang berwarna krim yang dibelinya Temperly from Tribeca KLCC.  Kesemua pakej ini berjaya membuat Camelia lebih menonjol dari atas lain.   

"Saya percaya bahawa less is more. Gaun ini bagaikan menepati ciri-ciri gaun yang saya anggap simple but classy.

"Saya memilih warna yang lembut bertepatan dengan waktu acara ini diadakan iaitu awal pagi agar ianya tidak nampak keterlaluan," ujar Camelia lagi yang membeli gaun tersebut tiga hari sebelum acara berprestij itu diadakan.

"Pertama kali saya melihat gaun ini, saya sudahpun berkenan. Saya rasa begitu selesa ketika mengenakan gaun ini buat pertama kalinya dan menempahnya di butik Tribeca," ujarnya lagi.

Namun Camelia teruja dengan kecantikan yang dipaparkan oleh lain selebriti yang hadir.

"Bukan sahaja merka yang disenaraipendekkan, malah kesemua artis yang hadir pada hari ini cantik-cantik belaka. Saya amat kagum dengan penampilan mereka," ujar Camelia.

Camelia bukan sahaja kagum melihat keanggunan mereka yang hadir malah mengakui teruja denga komitmen yang diberi untuk gala tersebut.

"Mereka sanggup bangun jam 5 pagi untuk menyiapkan diri menghadiri gala ini walaupun mereka boleh menolak pelawaan Star Movies dan Astro. Segala persiapan dilakukan dengan rapi dan teliti. Saya tabik kesungguhan mereka," katanya lagi.

Bakal membawa orang 'tersayang'?

Dengan kemenangan yang diperoleh, Camelia mendapat hadiah berbentuk kosmetik tajaan Giorgio Armani  sebanyak RM5000 dan dua tiket ke Amerika Syarikat untuk menghadir diri ke salah satu acara anugerah berprestij di sana pada tahun hadapan.

"Ketika Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Best Dressed Celebrity pada tahun lepas, dia memenangi dua tiket ke Amerika Syarikat untuk menonton Grammy.

"Impiannya menjadi kenyataan pada tahun ini apabila dia berjumpa dengan personaliti tersohor dunia seperti Beyoncee.

"Kini giliran saya pula untuk ke sana," ujar Camelia yang masih belum mendapat kata putus mengenai anugerah yang manakah bakal dia saksikan kelak.

"Kemungkinan di antara Oscars dan Grammy. Walaupun saya meminati kedua-dua acara tersebut, saya berharap agar saya diberi peluang untuk menonton Grammy kerana ianya serasi dengan kerjaya saya sebagai seorang penyanyi ," ujar Camelia lagi.

Siapakah pula orang yang bertuah yang bakal dibawa oleh Camelia ke Amerika nanti?

"Saya perlu memikirkannya. Tambahan pula saya mempunyai masa setahun untuk menentukan orang yang bertuah itu," ujar Camelia yang tersenyum lebar ketika ditanya jika dia bakal membawa orang 'tersayangnya' nanti

Camelia akan ada konsert sulung

Walaupun aktif dengan promosi album studio terbarunya, Mysticam, Camelia kini berada dalam proses merangkakan konsert sulungnya yang pertama.

"Segala-galanya masih dalam fasa perbincangan. Oleh kerana ini merupakan konsert sulung pertama saya, saya mahukan ia dikendalikan dengan sempurna," ujar penyanyi berusia 32 tahun ini yang turut berharap menganjurkan konsert itu di pertengahan tahun 2007 nanti.

Selain daripada itu, Camelia bakal berangkat ke Jakarta pada hari Rabu ini untuk mengambil bahagian dalam Jakarta's Jazzfest 2007.

"Saya akan membuat persembahan di Kelab Embassy pada 2 Mac mengiringi DJ Gabriel nanti," katanya lagi.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel