HIBURAN

AF5: Dafi gagal ke konsert akhir!

PETALING JAYA: Dafi, peserta Akademi Fantasia musim ke lima yang "comel" dan menjadi kegilaan ramai tersingkir di konsert ke lapan program realiti tersebut malam ini.

Dafi peserta pertama yang membuat persembahan menyanyikan lagu It's Gonna Be Me, gagal memberikan persembahan yang mantap walaupun diiringi penari latar termasuk Cikgu Raimee, Cikgu Corrie dan Riot Kool berbanding persembahannya minggu lalu.

Dengan ini enam pelajar lagi akan meneruskan pengajian mereka di Akademi Fantasia iaitu Mila, Candy, Heliza, Shawal, Ebi dan Aswad.

Mila yang menyanyikan lagu Aku Takkan Bersuara, Candy (Perhaps Perhaps Perhaps) dan  Heliza (Kesal) mendapat empat lampu biru dari pengkritik Fauziah Latif, Hattan, Ogy Ahmad Daud dan pengkritik jemputan Loloq.

Aswad merupakan satu-satunya pelajar lelaki yang mendapat empat lampu biru setelah menyanyikan lagu Korban Cinta dengan penuh perasaan.

Ebi (Kisah Kau dan Aku) dan Shawal (Kaulah Segalanya) nampaknya perlu lebih bekerja keras untuk memastikan tempat mereka di konsert akhir kerana empat pelajar yang selama ini dianggap "underdog" mula menunjukkan taring mereka.

Aznil juga turut memberikan kejutan sebelum mengumumkan pelajar yang terkeluar dengan pengumuman persaraannya daripada menjadi pengacara program tersebut.

"Atas dasar professional, saya akan meneruskan tugasan saya ini sehingga ke konsert akhir nanti," katanya.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel