|
|
HIBURAN
Ahad Jun 03, 2007
Infinatez ke peringkat akhir Gangstarz
SHAH ALAM: Kumpulan Infinatez berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir rancangan realiti, Gangstarz semalam menerusi pusingan wildcards di Auditorium MBSA. Mereka berjaya mengalahkan enam kumpulan yang lain iaitu G-18, N Quint, Colabr8, Pianka, Evoke dan Equal Star Kumpulan yang menyanyikan lagu Cinta Di Akhir Garisan mendapat pujian akan kemantapan vokal mereka serta kreativiti mereka menggubah lagu tersebut daripada panel juri yang bertugas pada malam tersebut. Pusingan wilcards diadili oleh Vernon Kendit, Ajai , Juliza Adlizan dan Azmeer. Kumpulan Infinatez akan menyertai The Lima, Mendua dan Flava ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 17 Jun nanti di Stadium Melawati Shah Alam. |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||