HIBURAN

Studio Bintang Kecil serlah bakat muda


Finalis bersama-sama krew produksi dan tenaga pengajar
(Foto Utusan)

BENAR kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Begitulah dasar kepada pengasasan rancangan realiti terbaru terbitan TV9, Studio Bintang Kecil.

Jika kebanyakan rancangan realiti mengenakan had umur 18 tahun ke atas untuk meyertainya, BSK pula mencari pontensi yang ada dikalangan kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun.

"Terdapat beberapa sebab mengapa kami menerbitkan rancangan yang bermatlamatkan pencarian bakat di kalangan kanak-kanak. Pertama sekali, peningkatan jumlah tontonan saluran TV9 stesen dan mebuatkannya stesen kedua yang mempunyai viewership tertinggi  di Malaysia.

"Kanak-kanak merupakan majoriti kepada peningkatan 20% tontonan pada tahun ini. Oleh kerana kami mempunyai sokongan padu daripada kanak-kanak, kami melahirkan rancangan realiti yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu membina sahsiah kanak-kanak yang menontonnya," ujar Bukhari Che Muda selaku Ketua Operasi TV9 ketika majlis pelancaran Studio Bintang Kecil di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Menerusi rancangan ini, 12 orang peserta yang terpilih akan diberi pendedahan serta pendidikan untuk memperkembangkan bakat mereka.

"Kami sudahpun meletakkan mereka di dalam Summer Camp selama dua minggu dan memberikan mereka mentor untuk mengajar mereka," ujar Bukhari lagi.

"Program ini tidak melibatkan sebarang penyingkiran kerana kami merasakan kesemua peserta yang bertanding layak untuk menghadiri kelas-kelas yang diberikan agar mereka mendapat pendedahan yang secukupnya," ujar beliau lagi mengenai keunikan program tersebut.

Seleksi 12 orang peserta terbaik telah dijalankan di tiga zon yakni Shah Alam, Pulau Pinang dan Johor Bahru daripada 21 April sehingga 6 Mei yang lalu.

Kira-kira 600 orang kanak-kanak yang mempunyai impian menjadi penyanyi hadir di lokasi ujibakat tersebut.

Hanya 12 orang peserta yakni empat orang kanak-kanak daripada setiap zon yang dipilih untuk memasuki peringkat akhir Studio Bintang Kecil ini.

Kelas-kelas vokal serta persembahan sudahpun bermula sejak 28 Mei yang lalu bertempat di Studio Akar Karya, Damansara.


Persembahan peserta-peserta SBK mengagumkan pengunjung
(Foto Utusan)

Jay Jay, Fairuz dan Zizi kagum dengan kanak-kanak SBK

12 orang peserta turut diberikan peluang untuk menunjukkan bakat mereka pada petang pelancaran rancangan tersebut dan ternyata pencarian pihak TV9 tidak tersia-sia.

Ramai yang kagum dengan kemampuan penyanyi-penyanyi kecil molek ini yang sememangnya berbakat dan mempunyai mutu vokal yang baik.

Untuk Jaya Jay yang bertindak sebabagi juri peringkat pemilihan di ketiga-tiga zon tidak mampu menahan perasaan teruja dengan baakt-bakat yang ada menerusi SBK.

"Saya ingatkan ujibakat-ujibakat yang diadakan hanya biasa-biasa sahaja. Ternyata salah sama sekali.

"Ketika mengadakan ujibakat pertama di Pulau Pinang, ternyata saya kagum dengan kebanyakan kanak-kanak yang hadir. Bakat mereka sungguh dahsyat sehinggakan Loloq berdiri di atas kerusi memberi standing ovation kepada mereka," ujar Jay Jay.

"Tambahan pula, saya kagum dengan pemilihan lagu-lagu mereka kerana ramai di antara mereka memilih lagu-lagu lama terutamanya daripada era 50an, 60an dan 80an.

"Daripada seleksi tersebut, kanak-kanak ini sememangnya mampu membawa pelbagai genre daripada irama melayu sehingg ke irama rock," ujar bekas vokalis Carefree itu lagi.

Namun, proses seleksi untuk finalis top 12 daripada 600 peserta yang menghadiri ujibakat tersebut merupakan cabaran yang sukar untuk Jay Jay.

"Ternyata saya mempunyai seleksi saya tersendiri dan Loloq pun mempunyai calon-calon dia yang tersendiri.

"Kami terpaksa membuat diskusi berulang-ulang kali untuk mencapai kata muktamad. Sayang sekali, ramai bakat-bakat yang baik tidak dapat ke top 12 berdasarkan quota empat orang peserta untuk setiap zon," ujar Jay Jay lagi.

Jay Jay mengakui SBK mampu mencapai matlamat yang sebenarnya yakni mencari bakat nyanyian yang terbaik.

"Saya merasakan rancangan ini sudahpun mencapai matlamatnya iaitu mencari bintang benar-benar berbakat," ujarnya lagi.

Bagi tenaga pengajar Fairuz Hussein pula, bakat-bakat yang ada hanya perlu digilap sahaja.

"Vokal mereka amat mengagumkan untuk kanak-kanak yang berusia 7 sehingga 12 tahun. Bagi saya, saya tidak perlu melatih mereka daripada segi vokal secara intensif kerana mereka sudahpun mampu menguasai vokal mereka.

"Cuma kini saya fokus kepada vocal harmonization kerana banyak di antara mereka belum membiasakan diri menyanyi secara berkumpulan," ujar Fairuz yang mengajar kelas vokal selama tiga jam sehari daripada hari Isnin sehingga Rabu.

"Kami akan membimbing mereka daripada segi pemilihan lagu dan kalau boleh saya mahu fokus kepada lagu-lagu bahasa Malaysia dan bukannya lagu-lagu dari Indonesia. 

"Lagipun, ramai di kalangan kanak-kanak ini meminati lagu daripada era 80an dan mereka memahami erti sebenar muzik," ujar Fairuz lagi.

Selain daripada kelas vokal, 12 orang peserta itu juga diberikan kelas latihan persembahan yang dikemudikan oleh Norzizi Zulkafli.

"Ini merupakan pengalaman yang seronok untuk saya walaupun ini bukan kali pertama saya bergandingan dengan kanak-kanak.

"Saya sudah biasa melatih kanak-kanak dalam bidang teater sebelum ini cuma SBK merupakan sebuah rancangan realiti dan berbentuk pertandingan," ujar pelakon utama filem Syukur 21 itu lagi.

"Peranan saya adalah mengajar cara-cara untuk meluahkan ekspresi diri menerusi lagu-lagu yang akan dipersembahkan. Saya memberi fokus kepada penghayatan lagu serta cara-cara mempersembahkan lagu tersebut," ujarnya lagi.

Memandangkan aspek tersebut merupakan sesuatu yang baru untuk kebanyakan di antara peserta yang bertanding, Zizi mengambilnya sebagai satu cabaran.

"Mereka mampu untuk melakukannya cuma mereka memerlukan masa untuk membuat latihan.

"Adakalanya mereka nampak 'lost' ketika melakukan persembahan beramai-ramai kerana mereka belum fasih berinteraksi dengan penonton serta kawan-kawan mereka yang lain di atas pentas. Aspek itulah yang saya cuba sedaya upaya untuk mengatasinya," ujarnya lagi.

Rancangan Studio Bintang Kecil bakal ke udara pada 9 Jun dari jam 9 malam di saluran ceria TV9.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel