HIBURAN

Ferhad kembali dengan Satu


Bakat dari seberang... Ferhad bersama Syed Azmir
(Foto The Star Oleh Raziq Abd Samat)

KEMUNCULAN penyanyi R&B yang berkaliber setelah dua tahun mendiamkan diri daripada pembikinan album studio merupakan suatu yang dinanti-nantikan.

Ferhad atau nama sebenarnya Ferhad Iberhim, bakal mempertaruhkan album terbarunya Satu untuk menandakan comeback dalam persada muzik industri.

"Saya tidak merasakan bahawa industri ini berada di dalam keadaan yang tenat. Terdapat banyak bakat-bakat baru yang mulai bertapa di dalam industri ini.

"Terdapat satu arus perubahan dalam industri kita dan saya yakin bahawa inilah masa yang sesuai untuk melahirkan album studio yang baru," ujar penyanyi yang berusia 35 tahun itu mengenai pemilihan masa yang sesuai untuk menyajikan peminat-peminat dengan versi Ferhad yang baru.

Album baru turut menandakan syarikat rakaman baru. Jika terdahulunya Ferhad bernaung di bawah EMI Malaysia, kini dia mengambil keputusan untuk berada di bawah Sony BMG Malaysia.

"Saya rasa teruja kerana dapat banyak sangat pembaharuan dalam album ketiga baik pengurusan serta material," ujarnya lagi.

Album yang berjudul Satu kini dalam berada dalam peringkat akhir pembikinannya dan bakal diedarkan pada bulan September nanti.


Ferhad kembali dengan Satu
(Foto The Star)

"Album ini mengandungi 12 buah lagu termasuk 8 buah lagu berbahasa Melayu dan selainnya berbahasa Inggeris," ujar ayah kepada Idries Gilani ini mengenai albumnya.

"Saya cuba sedaya upaya untuk mengekalkan irama yang saya pupuk sejak album solo saya dahulu. Ianya dipenuhi dengan elemen soulful dan life.

"Sesiapa yang mendengarnya, sudah pasti akan berasa puas hati kerana saya masih mengekalkan irama dan identiti saya," ujarnya lagi.

Pada album kali ini, Ferhad berkerjasama dengan nama-nama baru serta lama dalam persada muzik tempatan.

"Mod Ruffedge menyumbangkan tiga buah lagu seperti Kukoo dan Tandus yang dihasilkan bersama-sama Kieran Quek," ujarnya lagi yang turut menggunakan khidmat Sharon Paul sebagai penerbit album tersebut di bawah produksi Beyond DBB.

Selain daripada itu, Ferhad turut menyelitkan gabungan bersama sebuah kumpulan nasyid bernama Firdaus menerusi lagu Tandus.

"Ini merupakan sebuah gabungan yang unik. Mungkin ramai mengingatakan bahawa lagu ini berkonsepkan kerohanian tetapi ianya bukan. Lagu Tandus berkonsepkan pop etnik and mempunyai irama yang agak rancak," jelas pengacara Hitz.Tv itu lagi.

"Pemilihan Firdaus pula kerana kumpulan tersebut unik. Mereka bukan kumpulan nasyid yang biasa tetapi mereka lebih radical dan sesuai dengan aliran mainstream.

"Suara mereka ala gospel dan susunan vokal mereka amat berkualiti," ujar Ferhad lagi mengenai pemilihan Firdaus sebagai salah satu koloberasi untuk album tersebut.

"Saya sememangnya mahukan sebuah kumpulan vokal yang baik untuk lagu ini," ujarnya lagi.

Selain daripada itu, lagu-lagu berbahasa Inggeris turut menguji kemampuan Ferhad bukan sahaja sebagai seorang penyanyi tetapi sebagai seorang komposer.

"Antara lagu-lagu Inggeris yang turut dimuatkan ke dalam album ini adalah In Time, Get Up Get Down dan Got To Give A Little. Ketiga-tiga lagu ini mempunyai genre serta identiti tersendiri. 

"Lagu Get Up Get Down banyak membawa feel era 80an manakala Got To Give A Little pula banyak mempunyai persamaan dengan lagu John Mayer," jelas Ferhad lagi.

Ferhad turut berkesempatan untuk bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Opick yang pernah melahirkan lagu-lagu popular untuk Iwan Fals dan Once menerusi lagu Dealova yang mengecapi sukses yang amat memberangsangkan di Malaysia.

Namun, Ferhad berharap agar peminat-pemintanya akan turut teruja dengan kelahiran album ketiganya sepertimana dia mengharungi proses pembikinan album tersebut.

"Saya sememangnya tak sabar-sabar untuk melihat reaksi peminat-peminat saya dengan album ini. Sememangnya album ini amat energetik serta penuh dengan suprise.

"Peminat saya pasti akan terkejut dengan pemilihan lagu menerusi album ini," ujar penyanyi yang seudahpun berkecimpung di dalam industri muzik selama sedekad ini.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel