|
|
KOLUMNIS - mSTAR
Selasa Mei 06, 2008
PKPIM persoal hak guna nama Allah
PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan terbaru Mahkamah Tinggi yang membenarkan penyemakan semula nama Allah yang digunakan oleh akhbar Heral Tribune. Kes penggunaan nama Allah dalam akhbar Herald Tribune melalui siri yang kontroversi, apabila surat khabar Herald Tribune, yang berorientasikan agama Kristian mahu menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan mereka. Setelah keputusan kabinet pada 3 Januari yang menegaskan hanya Islam berhak menggunakan nama Allah, pihak Herald Tribune mahu mencabar keputusan itu dengan membawa ke Mahkamah Tinggi. Ini bukan bermakna masyarakat Arab Kristian menggunakan nama Allah itu dalam konteks yang berat dan sebenar, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, Yang Hanya Layak Disembah, Tuhan Yang Tidak Beranak dan Memperanakkan. Justeru, hujah ini dapat dipatahkan. Misi Kristianisasi di kalangan umat Islam melanggar undang- undang Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Pengkayaan unsur ibadat dan ketuhanan bukan perkara yang baharu dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, sebagai contoh, rumah ibadat bagi agama- agama lain ialah ‘Masjid’, ‘Gereja’, ‘Kuil’, ‘Tokong’ dan sebagainya. Orang yang alim atau agamawan juga cukup kaya, seperti ‘Ulama’ bagi orang Islam, ‘Rahib’ bagi agama Kristian, ‘Sami’ bagi Hindu dan pelbagai lagi. Maka, tiada masalah sebenarnya bagi Herald Tribune untuk mencari nama eksklusif Tuhan mereka. Kekeliruan dan strategi halus yang digunakan Herald Tribune atas nama Kristianisasi menimbulkan rasa marah dan kecewa umat Islam Malaysia secara khusus dan dunia umumnya. PKPIM memberi amaran supaya Herald Tribune tidak menimbulkan kerisauan dengan menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan agama Kristian. |
|
|||||||