X Close

Mengenai mStar

MStar Online dilancarkan sebagai sebuah portal berita bahasa Melayu, Kumpulan Media Star pada Ogos 2005 hasil cetusan idea Ketua Pengarang Kumpulan (kini CEO Kumpulan), Datuk Seri Wong Chun Wai.

Ia telah berkembang dari sebuah unit berita yang kecil kepada sebuah seksyen dalam Kumpulan Media Star.

Sejak pelancarannya sehingga sekarang, mStar telah dikenali dan dirujuk sebagai sebuah portal dalam mendapatkan maklumat berita tempatan, dunia, hiburan, sukan dan gaya hidup.

Dalam memenuhi tuntutan dunia digital ketika ini, mStar Online turut memperkukuhkan segmen video yang memaparkan laporan bervisual pelbagai segmen antaranya berita, hiburan dan bual bicara.

Segmen ini boleh ditonton menerusi laman perkongsian video YouTube di akaun Mstar Online Malaysia.

Buat masa ini mStar mempunyai jumlah bacaan mukasurat (pageview) melebihi 6 juta sebulan.

MStar Online juga boleh diikuti menerusi laman sosial rasmi berikut:

  1. Facebook: @mstardotcomdotmy
  2. Instagram: @mstaronlineofficial
  3. Twitter: @mstaronline

iklan

iklan

Iklan