PILIHAN RAYA UMUM KE-13

IWC Anjur 'Peter Lindbergh Portfino'

INTERNATIONAL Watch Co. Schaffhausen and Peter Lindbergh telah menganjurkan sambutan ‘A Night In Portfino’ di galeri seni, White Box yang terletak di MAP @Publika Dutamas.

Apa yang menariknya tentang acara tersebut adalah galeri berkenaan diubah menjadi ala-ala sebuah pawagam yang hebat.

Tetamu yang hadir dilayan umpama artis, mereka dikelilingi model yang berpakaian ala 50an di karpet mereah sambil diserbu oleh puluhan paparazzi yang sibuk mengambil gambar.

Bukan itu sahaja,tetamu turut dihiburkan dengan alunan muzik Itali serta persembahan sketsa serta aksi-aski menarik pelakon yang meniru gaya artis popular.

Antara koleksi IWC yang dipakai oleh selebriti terkenal seperti Kevin Spacey, Cate Blanchett, Eric Dane, Elle Macpherson,Boris Becker, Ronan Keating, Zinedine Zidane, Luís Figo, Marc Forster, Matthew Fox, Tim Jeffries, Hiroyuki Sanada dan Jean Reno

Gaya selebriti popular ini diperagakan semula oleh model-model serta koleksi slaid gambar hitam putih yang pernah diambil oleh Peter Lindbergh.

Ikon tersebut datang daripada beberapa cabang termasuk bidang perfileman, muzik, dan sukan. Tema persembahan tersebut menggunakan era perfileman 50/60an di Hollywood dengan memaparkan keunikan rekaan dan ciptaan Portofino.

Gambar serta potret menarik yang dirakamkan oleh Peter Lindbergh telah di bawa ke pameran di beberapa bandar raya terkenal seperti Los Angeles, Cannes dan Milan di Itali.

Lebih istimewa acara tersebut turut menarik perhatian, bintang-bintang terkenal seperti Alexander Skarsgård, Julian McMahon, Emmanuelle Chriqui, Dermot Mulroney, Rob Lowe, DanielHenney dan Zhou Xun.

Sementara itu, jelajah Asia Tenggara pula diadakan pada November lalu. Hanya mereka yang mendapat jemputan menghadiri acara yang di adakan di White Box.

Majlis diacarakan oleh Fay Hokulani dan ia turut dihadiri oleh orang kenamaan dan penggemar jam berjenama.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel