PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Cinta Lukisan Batu Henry Lee

Henry bersiar-siar di sepanjang pantai di kampung halamannya dan menjumpai beberapa biji batu sungai yang cantik.

DIIMPORT secara eksklusif dari Taiwan, koleksi Henry Cat & Friends telah berkembang dari satu unit produk ke satu koleksi produk lengkap.

Koleksinya kini terdiri daripada barang-barang kegunaan harian yang menarik.

Inspirasi produk yang berunsurkan semula jadi ini merupakan hasil karya seorang artis animasi Taiwan, Henry Lee yang begitu merindui keaslian dan ketenangan kampung halamannya.

Ciptaan Henry Lee bermula apabila beliau ingin menghadiahkan sebuah cenderahati kepada kenalan beliau, seorang warga Jerman dan juga pengarah animasi.

Beliau mengunjungi semua kedai cenderahati untuk mencari pilihan yang sesuai untuk kenalannya itu tetapi hasrat tersebut tidak tercapai.

Dengan perasaan yang kecewa, beliau bersiar-siar di sepanjang pantai di kampung halamannya dan menjumpai beberapa biji batu sungai yang cantik di mana bentuknya telah diluluhawa oleh alam semula jadi.

Henry mula membuat lakaran garis bentuk kucing di atas batu.

Keindahan batu dan teskturnya yang mempesonakan, Henry mula membuat lakaran garis bentuk kucing di atas batu tersebut.

Dengan menggunakan warna dan berus, beliau menambahkan mata, telinga, ekor dan bulu untuk menghasilkan satu karya lukisan yang indah dan seakan hidup.

Ia kemudiannya dijadikan sebagai cenderahati kepada kenalannya dan usaha Henry dihargai kerana menghasilkan ciptaan yang begitu istimewa serta menyentuh hati.

Tukar kerjaya

Sejak daripada itu, Henry mula memperbaiki dan mencipta hasil karya yang lebih menarik.

Menerusi seni batu yang dihasilkan, beliau telah menemui satu cara untuk memaparkan benda-benda kegemarannya di mana kebanyakannya adalah kampungnya yang tenang.

Beliau menukarkan kerjaya dari seorang pengarah animasi kepada seorang seniman lukisan batu sehingga melancarkan satu studio berkonsepkan Mediterranean, yang juga dijadikan sebagai kedai.

Lokasinya unik, terletak di atas bukit, diselaputi kabus dan mempunyai pemandangan yang indah menghadap Lautan Pasifik.

Di sinilah beliau mempelajari teknik untuk mencipta gambar keluarga kucing yang berbeza-beza, dan kini hasilnya digelar sebagai Kucing Batu Henry Buatan Tanggan.

Baginya, batu-batu semula jadi yang dikumpulkan oleh beliau sendiri dari pantai adalah kurniaan semula jadi yang paling halus, yang sesuai sekali dipadankan dengan hasil lukisan kucing, sejenis haiwan yang unik dan comel.

Bagaimanapun, usaha mencari batu-batu yang mempunyai saiz, bentuk dan tekstur dan ketumpatan yang sesuai adalah tugas yang sukar.

Dengan menggunakan warna dan berus, Henry menambahkan mata, telinga, ekor dan bulu untuk menghasilkan satu karya lukisan yang indah dan seakan hidup.

Nadi hasil karya

Menurut Henry, seseorang mesti mampu “merasai nyawa haiwan yang terdapat dalam batu-batu tersebut”.

Beliau menegaskan bahawa setiap lakaran berus yang dihasilkannya merupakan lanjutan daripada garisan semula jadi batu tersebut.

Lukisan mata merupakan bahagian yang paling mencabar kerana mata inilah dilihat sebagai ‘tingkap’ yang bakal menonjolkan perasaan yang ingin beliau sampaikan.

Selepas melalui pelbagai eksperimen dengan cermat dan teliti, beliau berjaya menemui formula yang tepat untuk menghasilkan mata kucing yang telus.

Ia melibatkan sekurang-kurangnya tujuh lapisan pigmen cat istimewa.

Falsafah hidup Henry dapat disaksikan dalam lukisan batu beliau.

Gambar haiwan yang dihasilkannya menggambarkan kesucian, keamanan dan keharmonian yang menjauhi elemen kekerasan dan peperangan.

Pasangan mata pula dilihat sebagai nadi dalam hasil karya beliau kerana ia mencerminkan usaha beliau dalam mencari ketenangan dan kesyukuran.

Hasil karya beliau juga antara lain menggambarkan kasih sayang beliau terhadap keharmonian dunia.

Cenderahati berkualiti tinggi

Koleksi Henry Cats & Friends.

Henry mendapat pengiktirafan terhadap hasil karyanya daripada Mentor International Corporation (Mentor) enam tahun dahulu.

Mentor merupakan syarikat perdagangan yang berpengalaman, mengenal pasti potensi komersial hasil seni Henry dan mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan beliau, dengan melancarkan jenama Henry Cats & Friends pada tahun lalu.

Lakaran kucing Henry berkembang menjadi barangan koleksi edisi terhad bersiri dan kemudiannya dengan pesat dijadikan sebagai koleksi cenderahati berkualiti tinggi.

Selepas itu, aksesori sampingan seperti bantal, kusyen, penghadang pintu, mug prselin, magnet, beg untuk membeli-belah, dompet, barang dapur, payung dan penindih kertas turut dihasilkan dan banyak lagi jenis akan dipelbagaikan.

Setakat ini menerusi ejen yang dilantik, produk Henry Cats & Friends berjaya menembusi pasaran di Hong Kong, Jepun, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.

Henry Cats & Friends menawarkan pelbagai koleksi barangan yang menarik.

Bagi Henry, beliau amat menitikberatkan soal kualiti terutama sekiranya produk-prpduk tersebut akan dipasarkan pada peringkat global.

Penciptaan sebiji batu yang baru sememangnya suatu inisiatif yang artistik di mana ianya perlu diwarnakan sehingga menjadi sebuah karya seni yang halus.

Bagi beliau, setiap karya harus sempurna sama ada ia dijadikan sebagai koleksi, kegunaan peribadi atau hadiah.

DCR, duta khas kepada Petfinders, merupakan pengedar tunggal Henry Cat & Friends untuk Malaysia dan Brunei.

DCR akan memberi sumbangan sebanyak RM1 untuk setiap pembelian bagi membantu membiayai pusat penempatan dan anjir terbiar.

Lokasi lengkap Henry Cat & Friends boleh didapati di beberapa lokasi seluruh negara seperti Pets Angle, Kota Damansara dan Pets For You, Puchong (Selangor), Isetan Suria KLCC (Kuala Lumpur), Genting Highlands (Pahang), Tesco Ipoh (Perak), Plaza Gurney (Pulau Pinang), Eastern Plaza (Sabah), Boulevard Shopping Mall (Sarawak).

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel