PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Ethan Juan Duta Terbaru L'oreal Paris Men Expert

AKTOR muda kelahiran Taiwan, Ethan Juan cukup popular di saluran televisyen China. Terbaru dia dipilih sebagai duta dan jurucakap L’oreal Paris for Men Expert.

Dengan bakat yang ada padanya serta rekod kejayaannya sudah cukup membuktikan karismanya dalam bidang lakonan.

Ethan yang mempunyai karisma serta gaya fesyen yang tersendiri turut diangkat sebagai ikon fesyen dikalangan golongan muda.

Pada usia 29 tahun, Ethan mempunyai rekod serta pencapaian yang gemilang sebagai seorang aktor.

Lebih membanggakan pada 2010, dia telah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam filem MONGA pada Golden Horse Award ke-47 di Festival Filem Taiwan yang merupakan salah satu festival filem terpentin di Asia.

Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan dengan membawakan watak utama dalam drama Michael the Archangel’s Dance pada 2004.

Selepas berjaya membawakan wataknya dengan sempurna dalam beberapa drama dan filem, popularitinya terus melonjak naik apabila siri drama Summer X Summer mula ditayangkan pada 2007.

Selepas itu, Ethan berjaya memenangi anugerah Idol Drama King selepas berjaya membawakan wataknya dengan cemerlang dalam drama bersiri Fated to Love You yang juga menjadi drama paling popular di Festival Filem Taipie.

Sementara itu, Pengerusi Jenama Global L’oreal Paris Cyril Chapuy berkata Ethan seorang anak muda yang mempunyai bakat yang luar biasa!

“Saya sangat mengagumi bakat, tenaga serta pemikirannya yang sangat positif. Dia melakonkan watak dalam setiap drama dan filem dengan cukup baik seolah-olah dia hidup dalam watak tersebut.

“Anda pasti teruja bekerja dengannya bukan itu sahaja dia seorang yang pandai bergurau mampu membuat anda ketawa hingga kering gusi.

“Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat cekal dalam menggapai impiannya. Saya sangat seronok kerana dia kini sebahagian daripada jurucakap produk keluaran kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ethan berkata dia berasa bangga untuk menjadi sebahagian daripada team L’oreal

“Bidang yang saya ceburi telah memperkenalkan saya kepada dunia kosmetik. Saya sangat teruja untuk menjadi duta produk kulit terbaru keluaran Men Expert,Pure &Matte. Ia sangat sesuai dengan golongan lelaki yang seusia dengan saya.

“Produk ini sangat maskulin, moden dan sangat efektif ia turut menjadikan kulit muka saya kelihatan hebat,” katanya.

Selain Ethan, antara selebriti yang pernah menjadi jurucakap produk L’oreal Paris ialah,

Gwen Stefani, Patrick Dempsey, Daniel Wu, Gerard Butler, Gong Li, Jane Fonda,Hugh Laurie, Claudia Schiffer, Beyoncé Knowles, dan Fan Bingbing.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel