|
|
PILIHAN RAYA UMUM KE-13
Published: Jumaat Julai 20, 2012 MYT 4:11:00 PM
Updated: Jumaat Julai 20, 2012 MYT 2:40:33 PM
Misi Besar Malaya Di Malaysia
Malaya memeriksa dokumen pembantu rumah Filipina di pejabat kedutaan yang diubah suai.KUALA LUMPUR: Ketika Eduardo J.Malaya dilantik sebagai duta Filipina, September lalu, dua perkara penting sentiasa menjadi keutamaan dalam senarai yang ingin dilakukannya. Beliau mahu mengubah keadaan persekitaran di kedutaan itu yang merupakan salah satu misi besar Filipina dan mewujudkan rasa perpaduan di kalangan rakyatnya yang menetap di Malaysia. Pada asalnya, ia merupakan rumah dua tingkat di Cangkat Kia Peng pada 1962, sebelum pejabat kedutaan itu melalui proses pengubahsuaian. Kerajaan Filipina mengambil alih bangunan itu pada 1987 tetapi tiada perubahan sepenuhnya dilakukan. Susulan itu, Malaya yang terkenal sebagai individu yang cepat bertindak, terpaksa memikirkan sesuatu dalam melakukan pembaharuan. Dengan bantuan seorang arkitek yang berpangkalan di sini, aktiviti pengubahsuaian secara besar-besaran dilakukan pada Februari. Dalam keadaan batu-bata memenuhi ruang pejabat, Malaya tidak hanya boleh duduk diam. Eduardo J.Malaya Beliau berkhidmat untuk memberi inspirasi kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Filipina di Malaysia yang menyatukan 20 pertubuhan masyarakat negara itu di sini. Bukan satu pencapaian kecil bagi Malaya yang digambarkan sebagai salah seorang daripada 10 sub-kabinet terbaik di Filipina sebelum berkhidmat ke Malaysia. Pejabat kedutaan itu kini mempunyai ruang menyambut tetamu, dewan komuniti yang lebih luas, ruang perpustakaan yang diubah-suai, bilik konsul tertutup dengan tempat duduk yang teratur dan lebih banyak kaunter serta bendera Filipina dikibarkan di hadapan pintu masuk. "Seramai 50 kakitangan kami mempunyai ruang kerja yang lebih baik. Klien kami juga berasa gembira," katanya selepas majlis perasmian bangunan baru kedutaan itu oleh Naib Presiden Filipina, Jejomar C Binay, 28 Mei lalu. Usaha keras itu merupakan idea Malaya, seorang pemegang ijazah undang-undang yang juga penulis buku. Selain menyelesaikan isu pekerja, beliau dan misinya turut berusaha meningkatkan aktiviti perdagangan, pelaburan dan pelancongan untuk Filipina. "Presiden Ramos membawa pengaruh besar dalam kehidupan saya. Beliau berjaya membawa pembaharuan untuk Filipina dan hubungan dengan Malaysia," katanya. |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||